Heading
Sub Heading
Mind Over Miles memperkasa kesedaran, sokong komuniti mesra demensia
Sumber : Pelita Brunei
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 27 September. – Usaha memperkasa kesedaran masyarakat mengenai demensia terus diperkukuh menerusi Larian Virtual Mind Over Miles sempena Bulan Demensia Sedunia 2026 yang berjaya menghimpunkan lebih 150 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.
Sehubungan ini, Majlis Penutup Larian Virtual Mind Over Miles disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dayang Hajah Noridah binti Haji Abdul Hamid yang berlangsung di Dewan Riadah, Pusat Belia, di ibu negara hari ini.
