Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Muhd Azinuddin – KKBS
Bandar Seri Begawan, Rabu, 13 Rabiulawal 1448 / 26 Ogos 2026 – Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menerima kunjungan hormat daripada Yang Teramat Mulia Brigedier Jeneral Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah selaku Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRC), bertempat di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).
Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan mengenai usaha memperkukuh hubungan serta memperluaskan kerjasama antara Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam bidang kesukarelawanan, kebeliaan, kemasyarakatan dan kemanusiaan, termasuk inisiatif rentas sempadan dalam pengurusan bencana di Pulau Borneo, di samping memperkasa penglibatan belia dan sukarelawan serta meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana.
Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Setiausaha Tetap, KKBS; Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS; Yang Mulia Dayang Hajah Noridah binti Abdul Hamid, Timbalan Setiausaha Tetap, KKBS; Yang Mulia Dayang Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain, Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (BRC); serta ahli-ahli rombongan.




