Sub Heading
KHEDN ungguli Kejohanan Futsal Antara Kementerian-kementerian
Sumber : Pelita Brunei
Siaran Akhbar dan Foto : Ahli Jawatankuasa Futsal Hari Perkhidmatan Awam
BERAKAS, Selasa, 3 November. – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) mempamerkan penguasaan cemerlang dalam Kejohanan Futsal Antara Kementerian – kementerian sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-33, Tahun 2026, apabila berjaya menjuarai Kategori Terbuka dan Veteran.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Perlawanan kemuncak itu menyaksikan KHEDN dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas kedua-dua pasukan mengekalkan kedudukan jaringan 1-1 pada perlawanan sebenar pada perlawanan Kategori Terbuka.
