gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Kursus Fire Marshall dan Keselamatan Kebakaran

 

Sumber : Siaran Media dan Foto HSSE_KKBS

 

BERAKAS, Selasa, 30 Jamadilawal 1448 / 10 November 2026 – Seramai 33 orang peserta telah menyertai Kursus Fire Marshal yang dijalankan selama tiga hari penuh bermula dari 10 November hingga 12 November 2026 di Bilik Lecture Theatre, Bahagian Komunikasi Korporat, Bangunan Teknikal, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Jalan Landasan Lama, Berakas.

Kursus tersebut disertai oleh 18 orang pegawai dan kakitangan daripada Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan Jabatan-jabatan di bawahnya (khususnya yang bertugas dan ditempatkan di bangunan Ibu Pejabat KKBS) dan selebihnya mewakili syarikat-syarikat swasta iaitu BSM, Massutera Engineering, SHH dan Serikandi.

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas mengenai pencegahan kebakaran, peranan dan tanggungjawab sebagai Fire Marshal di tempat kerja.

Disepanjang latihan 3 hari itu, para peserta didedahkan dengan tugas dan tanggungjawab sebagai Fire Marshall dan pengetahuan asas Keselamatan Kebakaran melalui taklimat dan latihan amali yang diselia oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Antara modul-modul yang disampaikan adalah pengenalan kepada punca kebakaran, prosedur bertindak semasa kecemasan, latihan menggunakan alat pemadam api mudah alih dan selimut api, dan latihan pengosongan bangunan.