Sub Heading
BYLC 2026 labuh tirai
Sumber : Pelita Brunei
Berita dan Foto : Muhamad Khairul Hisyam Haji Jaya
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 12 November. – Konvensyen Pemimpin Muda Brunei (BYLC) 2026 melabuhkan tirainya selepas berlangsung selama tiga hari dengan pengisian forum, klinik mentor dan aktiviti rangkaian kerja, yang antara lain menyaksikan penyerahan Laporan Wawasan 2035 : Brunei Lens, baru-baru ini.
Konvensyen anjuran Syarikat Pengurusan Kifayah Ar-Razaq itu berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), Bandar Seri Begawan, dengan penyertaan golongan belia.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.
Terdahulu, Yang Berhormat berkesempatan untuk menyaksikan Pameran Youth Vision Gallery dan Pavilion Belia.
