gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Kontinjen NBD berlepas sertai Sukan Asia Ke-20

 

Sumber : Pelita Brunei

Berita : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi – Penerangan

Foto : Pg. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman – Penerangan

 

 

BERAKAS, Selasa, 15 September. – Seramai 11 ahli kontinjen Negara Brunei Darussalam (NBD) yang terdiri daripada seorang atlet Karate, lima atlet Wushu dan lima pegawai kontinjen, hari ini berlepas ke Aichi-Nagoya, Jepun bagi menyertai Sukan Asia Ke-20 Tahun 2026, yang akan diadakan di Wilayah Aichi, Nagoya, Jepun.

Daripada jumlah berkenaan, lima pegawai kontinjen merangkumi Chef de Mission (CDM), Pegawai Perubatan dan jurulatih yang akan memastikan kebajikan, persiapan serta kelancaran penyertaan para atlet sepanjang temasya berlangsung.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyampaikan ucapan nasihat dan kata-kata motivasi kepada kontinjen negara, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

Awang Aliuddin mengucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen serta menekankan untuk sentiasa menjaga disiplin dan menjadi kebanggaan buat negara.

Selain itu tambahnya lagi, kepada CDM dan para jurulatih untuk sama-sama menjaga keselamatan dan kesejahteraan para atlet sepanjang temasya sukan berkenaan berlangsung.

 

Berita Penuh