gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Majlis Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

 

Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Hj Md Syazwan – PSB

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 02 Rabiulawal 1448/15 Ogos 2026 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan Majlis Dikir di Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampong Mulaut sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pusat Sejarah Brunei dan Jabatan Muzium-Muzium.

 

Hadir selaku ketua rombongan bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Abdoh bin Haji Awang Damit, Pengarah Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Atur cara majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan disusuli dengan bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan dikir maulud yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Abdoh bin Haji Awang Damit, Pengarah Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Majlis diteruskan dengan Dikir Assalamualaika diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Khairul Nizam bin Haji Md. Said, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampong Mulaut. Dikir Asyarakal dan Dikir Khairuman oleh Rombongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah dan diikuti Dikir Marhaban. Doa Dikir dibacakan oleh Yang Mulia Awang Ahmad Bukhari bin Haji Bujang, Imam Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Yang Mulia Awang Hamdi bin Haji Ibrahim, Imam Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen.

 

Turut hadir ialah Pengarah-Pengarah Bahagian dan Jabatan, Pegawai dan Kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Majlis ini merupakan salah satu acara keagamaan tahunan anjuran KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya. Ia bermatlamat untuk menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, di samping menyuntik rasa kecintaan terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan KKBS.