gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Sumber : Pelita Brunei

Oleh : Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

TUTONG, Selasa, 25 Ogos. – Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Daerah Tutong diadakan di kawasan lapang Kompleks  Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, di sini.

Hadir selaku tetamu khas majlis, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh Awang Haji Muhammad Najib bin Haji Awang dari Bahagian Penyebaran Da’wah, Pusat Da’wah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

Selepas itu, diteruskan dengan persembahan Dikir Marhaban beramai-ramai dari Bahagian Pengajian Islam yang diketuai oleh Awang Sirajul Aidil bin Haji Mohd. Yusof.

Berita Penuh