​​​​​​​​

The High-Level Forum on the Development of the Strategy Playbook on Promoting an Adaptive ASEAN Community of Greater Understanding, Tolerance and Sense of Regional Agendas

30102025_HighLevelForum_am (49).jpg


​Sumber : Siaran Media BPPA_KKBS

Foto : Muhd Azinuddin - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, 08 Jamadilawal 1447 / 30 Oktober 2025 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Sekretariat ASEAN telah menganjurkan High-Level Forum on the Development of the Strategy Playbook on Promoting an Adaptive ASEAN Community of Greater Understanding, Tolerance and Sense of Regional Agendas pada hari ini. Penganjuran Forum Peringkat Tinggi ini merupakan kesinambungan daripada dokumen Strategic Policy Framework on Promoting an Adaptive ASEAN Community of Greater Understanding, Tolerance and a Sense of Regional Agendas Among the Peoples of ASEAN yang telah diluluskan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 pada tahun 2021, semasa Kepengerusian ASEAN Negara Brunei Darussalam; dan bagi menyahut saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Forum Peringkat Tinggi ini menjadi platform interaktif bagi para stakeholders berkaitan untuk membincangkan dan memberikan pandangan untuk memperkukuhkan draf Strategy Playbook tersebut. Forum ini telah menghimpunkan para peserta daripada Negara-Negara Anggota ASEAN, termasuk wakil-wakil daripada pihak Senior Officials Committee for the ASEAN Socio-Cultural Community (SOCA), badan-badan sektoral ASCC yang berkaitan, serta pakar-pakar dan rakan-rakan luar.

 

Sesi panel pertama telah dikendalikan oleh Yang Mulia Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, yang telah memfokuskan kepada kepentingan untuk memperkukuh kerjasama pelbagai pihak berkepentingan. Antara panelis yang mengambil bahagian termasuk wakil daripada pihak National Institute of Education of Cambodia, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam, ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) dan Sekretariat ASEAN.

 

Sesi panel kedua pula dikendalikan oleh Yang Mulia Dr. Anna Louise Strachan daripada Bodhi Global Analysis, yang telah menumpukan kepada peranan golongan belia, wanita, dan usaha-usaha dalam pembinaan keamanan kreatif bagi memupuk persefahaman, toleransi dan identiti bersama ASEAN. Sesi ini menampilkan panelis daripada pihak Kementerian 30 Oktober 2025 Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan Republik Filipina, mantan Timbalan Setiausaha Agung ASEAN bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC), dan Presiden Majlis Belia Brunei.

 

Forum ini bertujuan untuk memberikan input tambahan ke arah pembangunan Strategy Playbook bagi melaksanakan Strategic Policy Framework melalui langkah-langkah yang pragmatik, berpandangan ke hadapan dan berorientasikan tindakan yang boleh dilaksanakan merentasi ketiga-tiga Tunggak ASEAN. Strategy Playbook ini dijangka untuk menjadi dokumen panduan bagi Negara-Negara Anggota ASEAN, badan-badan sektoral, dan rakan-rakan kerjasama dalam memupuk budaya keamanan, empati dan keterangkuman di seluruh rantau ini.

 

Forum ini turut menampilkan ucapan-ucapan utama daripada Tuan Yang Terutama Dr. Kao Kim Hourn, Setiausaha Agung ASEAN, dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, yang disampaikan melalui video. Dalam ucapannya, Yang Berhormat Dato menekankan kepentingan Forum ini sebagai platform kolektif bagi ASEAN untuk menterjemahkan aspirasi bersama kepada tindakan konkrit yang memperkukuh persefahaman, keterangkuman dan perpaduan dalam rantau ini. Yang Berhormat Dato turut menekankan sokongan berterusan Negara Brunei Darussalam dalam usaha-usaha ASEAN untuk memupuk komuniti yang adaptif dan harmoni serta berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global.

 

Penganjuran Forum Peringkat Tinggi ini akan mengukuhkan lagi komitmen bersama ASEAN dalam memupuk persefahaman, perpaduan dan rasa kebersamaan dalam kalangan rakyat ASEAN, ketika rantau ini terus memperteguhkan ketahanan dan identiti dalam landskap global yang semakin dinamik.


30102025_HighLevelForum_pm (4).jpg 30102025_HighLevelForum_am (40).jpg




​​​​