​​​​​​​​

Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam

02092025_Dikir Maulud Masjid As-salam (1).jpg


​Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Muhd Azinuddin - KKBS



BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 10 Rabiulawal 1447/2 September 2025 –    Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan Majlis Dikir di Masjid As-Salaam, Kampung Junjongan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.


Hadir selaku ketua rombongan bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS.

 

Atur cara majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan disusuli dengan bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan dikir maulud yang diketuai oleh Yang Mulia Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS.

 

Majlis diteruskan dengan Dikir Assalamualaika diketuai oleh Yang Mulia Awang Sh'minan bin Awang Haji Sulaiman, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid As-Salaam, Kampung Junjongan. Dikir Khairuman dan Dikir Badat oleh Kumpulan Firqah Al-Falaah, KKBS.

 

Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah dan diikuti Dikir Marhaban. Doa Dikir dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Hayrol bin Haji Hakim, Imam Tingkat III, Masjid As-Salaam, Kampung Junjongan.

 

Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Negara, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Jabatan, Pegawai dan Kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Majlis ini merupakan salah satu acara keagamaan tahunan anjuran KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya, yang juga merupakan kesinambungan daripada Majlis Dikir yang telah diadakan pada 26 Ogos 2025. Ia bermatlamat untuk menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, di samping menyuntik rasa kecintaan terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan KKBS.


02092025_Dikir Maulud Masjid As-salam (37).jpg 02092025_Dikir Maulud Masjid As-salam (38).jpg 02092025_Dikir Maulud Masjid As-salam (40).jpg 02092025_Dikir Maulud Masjid As-salam (28).jpg


 


​​​​