​​​​​​​​

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447

Ilal HIjrah KKBSedit (2).jpg



Sumber : Siaran Akhbar JAPEM

Foto : Ak Hussni - KKBS


Bandar Seri Begawan, Khamis, 14 Muharram 1447/ 10 Julai 2025 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447 di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Bagi memberkati majlis, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Haji Nordin bin Haji Durahman, Guru Ugama, Jabatan Pembangunan Masyarakat.

 

Majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk “Hijrah Menuju, Redha Allah" yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Haji Awang Muhammad Najib bin Haji Awang, Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah.

 

Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan Doa Selamat oleh Firqah Al-Falaah, Kumpulan Dikir Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk meraikan kepulangan tiga (3) orang jemaah haji yang terdiri dari pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Ustaz Haji Nordin bin Haji Durahman, Guru Ugama, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Selawat Tafrijiyyah dan Sayyidul Istighfar sebagai penutup majlis.

 

Turut hadir ke majis tersebut Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan danJabatan-jabatan di bawahnya dan Yang Mulia Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat selaku Pengerusi Majlis.


Ilal HIjrah KKBSedit (4).jpg Ilal HIjrah KKBSedit (5).jpg


​​​​