Page Content
Kunjungan Hormat daripada PYT Huo Huiping
|

Sumber : Siaran Media KKBS Foto : Md Azinuddin KKBS
Bandar Seri Begawan, Sabtu, 17 Zulkaedah 1446 / 17 Mei 2025 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama Huo Huiping, member of the Standing Committee of the Communist Party of China (CPC) Nanjing Municipal Committee and Executive Vice Mayor of Nanjing Municipal People's Government.
Majlis ini berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Kedua-dua belah pihak menyentuh beberapa isu semasa yang menjadi keperihatinan dan kepentingan bersama.

|