​​​​​​​​

Majlis Penyerahan Derma Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023

15052025_TKPG (4).jpg


Sumber : Siaran Akbar dan Foto JAPEM


Bandar Seri Begawan, Khamis, 17 Zulkaedah 1446 / 15 Mei 2025 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan daripada Bekas-bekas Penuntut Tingkatan 4, Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien (SOASC) tahun 1975 bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 bertempat di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pagi ini.

 

Sumbangan derma tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Abd Rahman bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sambutan 50 Tahun Penuntut Tingkatan 4, SOASC tahun 1975 yang berjumlah Empat Ribu Empat Ratus Lima Puluh (BND 4,450.00).

 

Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada Majlis Perkumpulan Jubli Emas bagi Jawatankuasa Sambutan 50 Tahun Penuntut Tingkatan 4, SOASC tahun 1975 yang telah diadakan pada 27 April 2025.

 

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Mulia Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat selaku Pengerusi Majlis dan bekas-bekas penuntut SOASC tahun 1974​.



15052025_TKPG (1).jpg15052025_TKPG (3).jpg




​​​​