​​​​​​​​

Taklimat Pemberigaan Akta Perlindungan dan Pengurusan Alam Sekitar (Penggal 240)

20250429_PBisaiJastre-31.jpg


Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Md Azinuddin - KKBS



BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 1 Zulkaedah 1446 / 29 April 2025 –Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Unit Perkembangan Sumber Tenaga Manusia Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan Taklimat Pemberigaan Akta Perlindungan dan Pengurusan Alam Sekitar (Penggal 240) yang berlangsung di Dewan Digadong, Bangunan KKBS.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Muhammad Afif bin Ali, Pegawai Kerja (Skippa), Bahagian Pentadbiran dan Kewangan diikuti dengan taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Rodziah binti Haji Adnan, Pegawai Alam Sekitar dan Yang Mulia Hajah Ummi Farhanah binti Haji Talipudin, Pegawai Alam Sekitar.


Objektif utama taklimat ini adalah untuk menyebar luaskan mengenai Akta Perlindungan dan Pengurusan Alam Sekitar (Penggal 240), dan memberikan maklumat dan penerangan serta meningkatkan kefahaman mengenai Akta tersebut, termasuk keperluan-keperluan perundangan yang berkaitan kepada warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya


Sesi turut disusuli dengan sesi soal jawab sebelum taklimat berakhir.


20250429_PBisaiJastre-44.jpg 20250429_PBisaiJastre-28.jpg 20250429_PBisaiJastre-46.jpg 20250429_PBisaiJastre-51.jpg 


​​​​