.jpg)
Sumber : Siaran Media & Foto KKBS
KUCHING, SARAWAK, MALAYSIA, 24 APRIL 2025 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, selaku Menteri Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) bagi Negara Brunei Darussalam, telah menghadiri Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN ke-33 (33rd ASCC Council Meeting) yang telah diadakan pada 23 hingga 24 April 2025 di Kuching, Sarawak, Malaysia. Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, sebagai Pengerusi ASCC 2025, di bawah tema ASEAN secara menyeluruh, iaitu “Keterangkuman dan Kemampanan (Inclusivity and Sustainability)".
Dalam kenyataannya, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, antaranya, menekankan keperluan bagi ASEAN untuk memperkukuhkan kedayatahanannya, terutama kedayatahanan rakyat, dalam mengambil kira ASEAN terus menghadapi pelbagai cabaran yang bersaling kaitan dan risiko-risiko baru, terutama bagi ekonomi-ekonomi yang terdedah. Dalam perkara ini, Yang Berhormat Menteri mengalu-alukan kemuktamadan Pelan Strategik ASCC, dan menyarankan agar menumpukan kepada Strategic Measures yang paling berkesan terlebih dahulu, bagi membolehkan penggunaan sumber yang lebih berkesan, termasuk penglibatan pihak berkepentingan yang lebih berdedikasi. Yang Berhormat Menteri juga mengongsikan pandangan mengenai pengukuhan rentas-sektor dan rentas-tonggak, dan kerjasama daripada rakan kongsi ASCC, untuk menyumbang kepada pelaksanaan Pelan Strategik ASCC yang berkesan.
Menteri-Menteri ASCC telah mengesahkan Pelan Strategik ASCC, dan mengambil maklum bahawa dokumen berkenaan akan dihadapkan kepada High-Level Task Force on ASEAN Community's Post-2025, untuk dihadapkan kepada Ketua-Ketua Negara/Kerajaan ASEAN. Para Menteri juga membincangkan mengenai pembangunan ASCC Post-2025 Results Framework, yang akan membentuk pelaksanaan yang lebih bermakna bagi Pelan Strategik ASCC.
Para Menteri ASCC juga bertukar-tukar pandangan mengenai hala tuju strategik ASCC dan menggalakkan Badan-Badan Sektoral ASCC untuk mempercepatkan pelaksanaan Work Plan masing-masing. Para Menteri ASCC juga mengambil maklum perkembangan ASCC Outcome Documents yang akan dihadapkan kepada Ketua-Ketua Negara/Kerajaan ASEAN bagi pengesahan dan makuman semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang akan diadakan pada bulan Mei 2025, iaitu (i) ASEAN Creative Economy Sustainability Framework, (ii) ASEAN Declaration on Drug Security and Self-Reliance, dan (iii) Checklist on Fair Recruitment and Decent Employment for Migrant Workers.
Para Menteri ASCC juga telah mengadakan perjumpaan bersama Yang Amat Berhormat Dato Seri Setia Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak semasa mesyuarat berkenaan.
Mesyuarat Majlis ASCC Ke-33, telah didahului oleh 11th Ad-Hoc Working Group to Develop the ASCC Strategic Plan dan Mesyuarat Ke-38 Senior Officials' Committee for ASEAN Socio-Cultural Community (SOCA) yang telah diadakan pada 21 hingga 23 April 2025. Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah disertai oleh Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, selaku Ketua SOCA Negara Brunei Darussalam dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
.jpg)