​​​​​​​​

Majlis Penghargaan bagi Pesara Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya

20250419_raya1-47.jpg


Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Md Azinuddin - KKBS




BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 Syawal 1446 / 19 April 2025 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Penghargaan bagi Pesara Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.


Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibaca oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Ali Rahman bin Haji Sulaiman, Pengawas Padang dan Gelanggang Sukan, Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Majlis diteruskan dengan ucapan sejambak kenangan daripada Yang Mulia Pengiran Haji Mohammad Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Majlis. 


Seterusnya, Majlis Penyampaian Sijil Perkhidmatan dan Sijil Penghargaan kepada Pesara-Pesara Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada 56 pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang telah bersara pada tahun 2024. 


Majlis turut menyaksikan Paparan Video Kenangan Terindah bagi Pesara-Pesara dan Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf jasa dan sumbangan para penjawat awam sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dengan kerajaan.


Bagi menyerikan lagi majlis berkenaan, para hadirin turut menyaksikan tayangan video ucapan Hari Raya daripada setiap bahagian dan jabatan di kementerian, disusuli dengan beberapa persembahan bertemakan Hari Raya yang menceriakan suasana. 


Turut hadir ialah Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Yang Mulia Awang Haji Zakaria binti Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Yang Mulia Dr Dayang Siti Norkhalbi bin Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Ketua-Ketua Bahagian dan Jabatan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.


20250419_raya2-34.jpg ​20250419_raya2-54.jpg

20250419_raya1-59.jpg20250419_raya2-93.jpg 

 


​​​​