
Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Md Azinuddin - KKBS
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 Syawal 1446 / 19 April 2025 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama Kanni Wignaraja, United Nations Assistant Secretary-General and the Regional Director for Asia and the Pacific at the United Nations Development Programme (UNDP) dan Tuan Yang Terutama Edward Vrkic, Resident Representative at the United Nations Development (UNDP) for Malaysia, Singapore & Brunei Darussalam.
Majlis ini berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Yang Mulia Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abd Hamid, Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa, dan Yang Mulia Dayang Hajah Zainab binti Haji Morshidi, Pengarah Perkembangan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Kedua-dua belah pihak menyentuh beberapa isu semasa yang menjadi keperihatinan dan kepentingan bersama.