Sumber : Siaran Akhbar HSSE, KKBS
Foto : Md Azinuddin - KKBS
Bandar Seri Begawan, Rabu, 17 Syawal 1446H / 16 April 2025M – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Unit Pengurusan Estet (UPE) dengan kerjasama pihak Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA), telah mengadakan Sesi Muzakarah Dan Pemberigaan Mengenai Pengenalan Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja Bagi Operasi-Operasi Bangunan/Kerja-Kerja Pembinaan Kejuruteraan Dan Keperluan Bagi Perlantikan Pegawai/Penyelaras Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja. Sesi berlangsung di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Atucara dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Awang Muhammad Ridhwan bin Roslan, Penolong Pegawai Kerja Tkt II, Unit HSSE, KKBS.
Majlis diteruskan dengan sesi pembentangan dari pihak SHENA yang terdiri dari tiga orang pembentang iaitu Yang Mulia Awang Rozan Justin Teo bin Haji Azlan, Yang Mulia Awang Zaharuddin bin Haji Abd Rahman dan Yang Mulia Awang Colin Lai Teck Chiang.
Sesi pembentangan dibahagikan kepada tiga topik utama iaitu Pengenal Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja bagi Operasi-Operasi Bangunan/Kerja-Kerja Pembinaan Kejuruteraan; Keperluan bagi Perlantikan Pegawai/Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja; dan Aktiviti-Aktiviti Penguatkuasaan. Sesi diakhiri dengan sesi soal jawab.
Sesi Muzakarah dihadiri oleh 80 peserta terdiri dari pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.