Page Content
Kunjungan Muhibah Naib Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Han Zheng Ke Muzium Alat Kebesaran Diraja
|

Foto: Mohd Azinuddin, KKBS
22 Oktober 2024 - Naib Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Han Zheng berserta rombongan telah mengadakan lawatan kunjungan muhibah ke Muzium Alat Kebesaran Diraja.
Ketibaan Tuan Yang Terutama dialu-alukan oleh YM Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan YM Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan berserta Pegawai dan Kakitangan Jabatan Muzium-Muzium.
Tuan Yang Terutama berserta rombongan diberikan penerangan pengenalan Bangunan Muzium Alat Kebesaran Diraja dan kemudian meninjau lebih dekat lagi ke galeri-galeri.
|