​​​​​​​​

Malam Deklamasi Puisi Anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia

WhatsApp Image 2024-05-08 at 22.05.34 (1).jpeg

Sumber Berita: Pelita Brunei

Foto: Suruhanjaya Tinggi Malaysia


BERAKAS, Isnin, 26 Syawal 1445 / 6 Mei 2024 – Puisi merupakan salah satu cabang kesusasteraan Melayu yang tidak lapuk ditelan zaman dan wajar dimartabatkan dalam semua aspek kehidupan.  Pengisian sebuah puisi itu meneroka alam kesenian penggunaan bahasa.


Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan telah mempelopori usaha menganjurkan Malam Deklamasi Puisi yang berlangsung di Dewan Suruhanjaya Tinggi Malaysia.


Majlis ini diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Hubungan Diplomatik di Negara Brunei Darussalam dan Malaysia ke-40 dan juga sempena Hari Puisi Sedunia.  Ia juga bertujuan untuk melestarikan dan memperkasakan Bahasa Melayu dan memupuk minat dan budaya berpuisi. 


Antara yang mengambil bahagian pada deklamasi puisi berkenaan termasuklah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, mantan Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, mantan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Duta-Duta Besar, pemimpin korporat, Naib Canselor universiti tempatan, Penyiar Berita Radio Televisyen Brunei dan ramai lagi.


Beberapa diplomat juga ikut serta yang mendeklamasikan Puisi dalam Bahasa Melayu, diataranya ialah Tuan yang Terutama Dato' Reza bin Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia; Tuan Yang Terutama Jon Virgoe, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam; Puan Yang Terutama Caryn R. McClelland, Duta Besar Istimewa dan Mutalak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam;  Tuan Yang Terutama Luke Arnold, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam; Tuan Yang Terutama Achmad Ubaedillah, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia dan Tuan Yang Terutama Muhammad Taghi Rajab, bakal Duta Besar Republik Islam Iran.


Matlamat utama penganjuran adalah demi memupuk rasa cinta terhadap khazanah puisi serta mempertahankan keindahan budaya dan bahasa Melayu di persada dunia.​


WhatsApp Image 2024-05-08 at 22.05.34 (2).jpeg


WhatsApp Image 2024-05-07 at 08.34.32.jpeg


​​​​