​​​​​​​​

Kunjungan Hormat Daripada TYT Tran Anh Vu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Vietnam ke Negara Brunei Darussalam

20240429_CC vietnam (1).jpg


Sumber Berita dan Foto: KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 19 Syawal 1445 / 29 April 2024 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Tran Anh Vu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Vietnam ke Negara Brunei Darussalam.


Majlis berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohd.Asran bin Pengiran Haji Mahmud, Penolong Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Kedua-dua belah pihak menyen tuh beberapa isu semasa yang menjadi keperihatinan dan kepentingan bersama. ​


20240429Vietnam-2.jpg

​​​​