​​​​​​​​

Kunjungan Hormat Daripada TYT Mohammed Abdullah H. Alburaithin, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam

20240501cc Saudi-12.jpg

Sumber Berita dan Foto: KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 21 Syawal 1445 / 1 Mei 2024 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah H. Alburaithin, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam.


Majlis berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh Yang Mulia Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abdul Hamid, Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Kedua-dua belah pihak menyen tuh beberapa isu semasa yang menjadi keperihatinan dan kepentingan bersama.


20240501cc Saudi-2.jpg

​​​​