​​​​​​​​

Perlawanan Futsal Persahabatan Bersempena Ulang Tahun Ke-40 Hubungan Diplomatik Negara Brunei Darussalam dan Malaysia


20240502-Embassy Malaysia Futsal-2.JPG 


Sumber: Siaran Akhbar dan Foto KKBS


SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA, BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 22 Syawal 1445 / 2 Mei 2024 - Pada tahun ini, iaitu tahun 2024, merupakan tahun yang bersejarah bagi Negara Brunei Darussalam dan Malaysia kerana telah menyambut Ulang Tahun Penubuhan Diplomatik Ke-40.

 

Antara acara yang disusun bagi meraikan ulang tahun Hubungan Diplomatik Ke-40 ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam telah menjemput Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk menyertai Perlawanan Futsal Persahabatan Ulang Tahun Ke-40 hubungan diplomatik Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.

 

Perlawanan Futsal Persahabatan Ulang Tahun Ke-40 hubungan diplomatik Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah diadakan di Gelanggang Futsal, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam.

 

Hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Tuan Yang Terutama Raja Dato' Reza bin Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.

 

Perlawanan Futsal Persahabatan Ulang Tahun Ke-40 hubungan diplomatik Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah melibatkan tiga (3) buah pasukan, iaitu pasukan dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam selaku hos Perlawanan. Format perlawanan berkenaan dijalankan secara Liga Satu Pusingan (Round Robin).

 

Keputusan perlawanan tersebut dijuarai oleh pasukan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan setelah menewaskan pasukan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam dengan jaringan 5 – 1 dan menang tipis dengan pasukan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dengan jaringan 3 – 2. 

 

Perlawanan Futsal Persahabatan Ulang Tahun Ke-40 hubungan diplomatik Negara Brunei Darussalam dan Malaysia diakhiri dengan penyerahkan hadiah kepada pemenang yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Raja Dato' Reza bin Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam. 

 

Turut menyertai perlawanan tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) dan Yang Mulia Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei. 

20240502-Embassy Malaysia Futsal-11.JPG

20240502-Embassy Malaysia Futsal-21.JPG 

20240502-Embassy Malaysia Futsal-23.JPG


​​​​