​​​​​​​​

Latihan Tafis 2.0 Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan,Belia Dan sukan dan Jabtan-jabatan Dibawahnhya

20240429Tafiz 2.0-11.jpg


Sumber TAFIS 2.0: MOFE

Sumber Berita dan Foto: KKBS

BERAKAS, Isnin, 19 Syawal 1445 / 29 April 2024 - Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) mengumumkan bahawa mulai 1 April 2024, portal e-Invois dalam Sistem Perakaunan dan Kewangan Perbendaharaan semasa (TAFIS) akan digantikan dengan Portal Vendor Kerajaan dalam TAFIS baharu (TAFIS 2.0).

Portal Penjual Kerajaan baharu ialah portal layan diri yang memerlukan vendor mendaftar sendiri dalam talian untuk menjadi Vendor Kerajaan dan membolehkan vendor menyertai mana-mana Kementerian atau Jabatan proses sebut harga atau tender.

Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya juga tidak ketinggalan untuk mengikuti sesi Latihan TAFIS 2.0 yang dikendalikan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi memahami dan mempraktikkan lebih mendalam lagi penggunaan TAFIS 2.0

 

Latihan TAFIS 2.0 bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah diadakan di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.​

20240429Tafiz 2.0-5.jpg

20240429Tafiz 2.0-7.jpg









​​​​