​​​​​​​​

Task Force Meeting of the Asian Region Finance Committee (ARFC) on the Asian Contribution to the World Anti-Doping Agency (WADA) for 2025 and Beyond

WhatsApp Image 2024-05-02 at 10.10.51.jpeg​​​

Sumber: Jawatankuasa Anti-Doping Brunei Darussalam (BDADC)


BANGKOK, THAILAND, Isnin, 19 Syawal 1445 / 29 April 2024 – Task Force Meeting of the Asian Region Fina​nce Committee (ARFC) on the Asian Contribution to the World Anti-Doping Agency (WADA) for 2025 and beyond telah diadakan pada 29-30 April 2024 bertempat di Golden Tulip Sovereign Hotel, Bangkok, Thailand.


Agenda utama yang telah dibincang ialah berkenaan sumbangan yuran tahunan negara-negara Asia bagi tahun 2025 dan tahun-tahun seterusnya kepada WADA serta perkara-perkara berkenaan cadangan tindakan-tindakan yang diambil kepada negara-negara yang tidak menjelaskan yuran tahunan mengikut ketetapan, dan perkara-perkara berhubung kait bagi mengukuhkan kerjasama di antara negara-negara Asia dan WADA. Hasil daripada mesyuarat ini seterusnya akan dibincangkan untuk ketetapan semasa the 19th Asia/Oceania Region Intergovernmental Ministerial Meeting on Anti-Doping in Sport di Tashkent, Uzbekistan pada 22-23 Mei 2024.


Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Prof Kamal Al-Hadidi daripada Jordan dan dihadiri oleh Dr Mayumi Yaya Yamamoto, Pengarah WADA Asia/Oceania Regional Office (Tokyo), Olympia Karavasille, Timbalan Pengarah WADA Stakeholder Engagement dan Partnership serta perwakilan-perwakilan daripada Bahrain, Brunei Darussalam, China, India, Japan, Jordan, Korea, Malaysia, Qatar, Singapore, United Arab Emirates, Saudi Arabia, dan Thailand yang terdiri daripada Timbalan Menteri, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, dan Pegawai-Pegawai daripada Agensi Anti-Doping Kebangsaan (NADO). Manakala, Brunei Darussalam pula diwakili oleh Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Di samping itu, lawatan kerja juga telah diadakan ke Doping Control Agency of Thailand (DCAT) dan National Anti-Doping Laboratory, Bangkok. Tujuan lawatan tersebut ialah untuk mendapatkan maklumat berkenaan struktur organisasi DCAT serta amalan terbaik (best practices) pembangunan strategik bagi program anti-doping bagi peningkatan efisiensi NADO seterusnya mengetahui berkenaan struktur dan pembangunan makmal analisis anti-doping termasuk prosedur serta proses-proses analisa sampel di makmal yang diiktiraf mengikut piawaian WADA.


Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menjadi ahli kepada WADA berikutan penandatangan International Convention Against Doping in Sports pada 19 Oktober 2005 dan telah mendapat pengesahan oleh The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pada 31 Mac 2008 selepas penubuhan Jawatankuasa Anti-Doping Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Anti-Doping Committee - BDADC) pada tahun 2006. Dengan menjadi ahli kepada WADA, Negara Brunei Darussalam menyediakan sumbangan kewangan (funding) kepada WADA secara tahunan.

WhatsApp Image 2024-05-02 at 10.04.47.jpeg 





​​​​