​​​​​​​​

Majlis Kesyukuran Sempena Hari Keluarga Kebangsaan Bagi Tahun 2024

IMG_8679.jpg

Sumber: Siaran Akhbar dan Foto JAPEM 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 Syawal 1445 / 4 Mei 2024 - Bersempena dengan Hari Keluarga Kebangsaan 2024, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan Majlis Kesyukuran di Masjid Ash- Shaliheen yang disertai lebih daripada 100 orang.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh YM Awang Haji Md Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran, Pegawai Hal Ehwal Masjid Ash Shaliheen. Kemudian diikuti dengan tazkirah bertajuk “Menerapkan Nilai-nilai Teras Kekeluargaan Brunei: Sayang-menyayangi; Tanggungjawab; Hormat-Menghormati; Pemedulian" (Nilai-nilai Teras Kekeluargaan Brunei: “SaTu HaraPan") yang disampaikan oleh YM Muhammad Yussof Hj Abd Majid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Ketua Bahagian Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), Jabatan Hal Ehwal Syariah.

 

Tazkirah tersebut menekankan pentingnya komunikasi dalam hubungan kekeluargaan. Dalam keluarga perlu adanya tanggungjawab, hormat-menghormati, sayang-menyayangi dan pemedulian dalam nilai-nilai Teras Kekeluargaan Brunei.

Selain itu juga turut ditekankan mengenai perbezaan sifat lelaki dan perempuan dalam menangani cabaran rumahtangga yang memerlukan komunikasi untuk menyelesaikan masalah dengan berhemah dan berilmu dan Allah SWT juga menjanjikan keluarga yang beriman sebuah syurga.

Acara diteruskan dengan Solat Fardhu Asar berjemaah dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat Terhindar dari Wabak Covid-19, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan Doa Hari Keluarga.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir ialah YM Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat selaku Pengerusi Majlis, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan, ahli-ahli persatuan dan rakan-rakan strategik KKBS.


IMG_8718.jpg IMG_8701.jpg

IMG_8735.jpg


 

 

​​​​