​​​​​​​​

Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Mangsa Bencana

27042024_Bantuan kewangan KDYMM bagi bencana (1).jpg


Sumber : Siaran Akhbar dan Foto oleh JAPEM


Bandar Seri Begawan, Sabtu, 17 Syawal 1445/27 April 2024 ​- Seramai 2 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir dan rumah angin kencang telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Satu (1) ketua keluarga daripada Kampung Setia A, Daerah Brunei Muara yang menerima bantuan kerajaan adalah merupakan mangsa kejadian Angin Kencang manakala satu (1) keluarga daripada Kampung Negalang Unat, Daerah Temburong adalah mangsa kejadian banjir. Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi Bin Hj Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.


27042024_Bantuan kewangan kerajaan KDYMM bagi bencana (5).jpg27042024_Bantuan kewangan kerajaan KDYMM bagi bencana (3).jpg


​​​​