​​​​​​​​

Jerayawara “Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Di Tempat Kerja – Satu Hak Asasi"

20240418_jerayawara Mental Health-24.jpg 


Sumber : HSSE KKBS

Foto : Md Azinuddin - KKBS



Khamis, 09 Syawal 1445H / 18 April 2024M – Kementerian Kesihatan mengadakan Taklimat Kesihatan Mental bagi warga Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan bersempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 dengan tema “Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Di Tempat Kerja – Satu Hak Asasi". Acara diadakan di Dewan DiGadong, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.


Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Ustaz Sarip Hidayatullah bin Iskandar dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Puan Hani Haryana binti Haji Maidin, Ketua Perkhidmatan Psikologi Klinikal dan Komuniti, Kementerian Kesihatan. Taklimat Kesihatan Mental ini disampaikan oleh 3 orang ahli panel professional iaitu Yang Mulia Pg Dr Fariza Suryani binti Pg Dato Paduka Haji Sani, Ketua Perkhidmatan Psikiatri, Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Ustaz Muhd Yussof bin Haji Abdul Majid, Ketua Bahagian Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Yang Mulia Dr Ak Muhammad Yazakka bin Pg Mohd Yamin, Pegawai Perubatan (Psikiatri), Kementerian Kesihatan. 


Kira-kira 70 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan dibawah Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan dibawahnya menghadiri jerayawara tersebut.  Sesuai dengan tema bagi jerayawara ini iaitu “Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Di Tempat Kerja – Satu Hak Asasi", antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, pencegahan dan pengurusan kesihatan mental, kesejahteraan diri serta mengurangkan stigma, pandangan negatif terhadap kesihatan mental khususnya dalam kalangan warga perkhidmatan awam.  Ianya juga diharap untuk menjadi satu platform pemberigaan bagi perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan mental dan kesejahteraan diri yang terdapat di Negara ini.


Jerayawara secara In-House Training ini merupakan kendalian bersama Unit Strategi Kesihatan Mental, Pusat Promosi Kesihatan, Perkhidmatan Perkhidmatan Psikiatri Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha [RIPAS] serta Perkhidmatan Psikologi  Klinikal & Masyarakat, Kementerian Kesihatan, Bahagian Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, serta disokong oleh Clarity Sdn Bhd.​


20240418_jerayawara Mental Health-13.jpg 20240418_jerayawara Mental Health-20.jpg 20240418_jerayawara Mental Health-28.jpg ​20240418_jerayawara Mental Health-7.jpg


​​​​