​​​​​​​​

Eratkan silaturahim, kukuhkan ukhuwah melalui Majlis Rumah Terbuka

19042024_PKWEraya_PB(02).jpeg


Sumber : Pelita Brunei

Berita : Srinarawie Bidzah 

Foto : Pelita Brunei / Ihsan Pusat Kegiatan Warga Emas Daerah Brunei dan Muara


BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 19 April . - Kemeriahan Syawal masih lagi dirasakan dengan pelbagai pihak terus meraikannya dalam suasana penuh meriah dan harmoni.  

 

Dalam sama-sama menyemarakkan lagi bulan Syawal ini, Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara menganjurkan sambutan Majlis Rumah Terbuka PKWE sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijrah / 2024 Masihi bagi kalangan ahli-ahlinya bertempat di pusat berkenaan.

 

Hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah; Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Fauziah binti Haji Mohd. Salleh; Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit; pegawai dan kakitangan  dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM); Pusat Promasi Kesihatan; dan DBP.

 

Juga hadir, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, dan isteri, Datin Nurhayana Janis binti Abdullah Lim.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya Doa selamat yang dibacakan oleh Awang Haji Md. Ghafar bin Haji Menudin.

 

Dalam majlis berkenaan, para tetamu juga turut disajikan dengan pelbagai hidangan juadah yang enak dan menyelerakan.

 

Rumah Terbuka bukan sekadar untuk menghidangkan pelbagai jenis hidangan namun ia dapat mengumpulkan serta merapatkan lagi hubungan kekeluargaan mahupun sesama saudara kerana amalan Rumah Terbuka menjadi platform kepada mengukuhkan lagi hubungan silaturahim sesama insan.

 

Syawal yang disambut selama sebulan memberi peluang untuk kita ziarah menziarahi, mengukuhkan ukhuwah sambil bermaaf-maafan atas segala salah dan silap.

 

 


​​​​