Page Content
Kursus Komunikasi Berkesan Dalam Kepimpinan
|

Sumber : KKBS
Foto : Md Azinuddin - KKBS
Bandar Seri Begawan, Khamis, 25 Rabiulakhir 1445 / 9 November 2023 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengendalikan Kursus Komunikasi Berkesan Dalam Kepimpinan bagi seramai 23 pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Kursus berlangsung selama dua hari, iaitu pada Rabu dan Khamis, 8 dan 9 November 2023 di Bilik Juri, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Pemudahcara jemputan bagi kursus ini ialah Yang Mulia Tengku Sri Indra bin Ismail, seorang konsultan dan jurulatih yang diiktiraf di dalam bidang Tingkah Laku dan mempunyai pengalaman lebih 30 tahun menjadi mentor dan pakar runding. Kursus ini akan memberikan pengetahuan mengenai prinsip komunikasi interpersonal, budi pekerti dalam berkomunikasi, minda untuk kesempurnaan dalam komunikasi interpersonal, menyelesaikan konflik dan perundingan di tempat kerja.
.jpg) .jpg)
|