[Sumber : Siaran Akhbar KKBS]
Foto : Fatin Adillah - KKBS
Bandar Seri Begawan, Isnin, 27 Syaaban 1443H / 20 Mac 2022M – Penyampaian Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Bulan Ramadhan 1444/2023 kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah diadakan pada hari ini di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hadir bagi menyempurnakan majlis, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat majlis. Bagi memberkati majlis, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Nuurmatiin bin Haji Abu Bakar, Guru Ugama Tingkat II, Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan Masyarakat. Majlis diteruskan dengan penyerahkan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sebanyak 6634 kotak kecil kurma diagihkan kepada pegawai dan kakitangan serta Jabatan[1]Jabatan di bawahnya termasuk untuk Ahli-Ahli keluarga masing-masing. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat, Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan Doa Memohon Perlindungan dari Wabak COVID-19 oleh Yang Mulia Awang Haji Nuurmatiin bin Haji Abu Bakar, Guru Ugama Tingkat II, Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan Masyarakat. Turut hadir Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. |