|
Apa dia Maklumat Keberadaan?
|
 | Peraturan di mana memerlukan atlet untuk menyediakan kepada Organisasi Anti-Doping atau penganjur kejohanan dengan butir-butir di mana mereka boleh dijumpai selama satu jam setiap hari.
|
 | Ingat: Atlet boleh diuji, bila-bila masa, di mana-mana tempat. |
 | Atlet RTP dikehendaki memberikan maklumat lokasi berikut pada setiap suku tahun : Alamat rumah , alamat e mel dan nombor telefon . Alamat untuk penginapan bermalam . Aktiviti tetap , seperti latihan , kerja , dan sekolah , lokasi dan masa aktiviti ini.
|
| Muat turun Borang Maklumat Keberadaan
di sini.
|
| Whereabouts atau Keberadaan adalah informasi yang diberikan oleh atlet RTP setiap 3 bulan untuk membolehkan Jawatankuasa Anti-Doping mencari dan mengambil atlet untuk Ujian Kawalan Doping di luar pertandingan. Informasi Whereabouts seorang atlet mestilah sentiasa tepat dan dikemaskini di sepanjang masa.
Atlet yang termasuk dalam Registered Testing Pool (RTP) adalah atlet yang berada di dalam tahap tertinggi dalam sukan masing-masing. Atlet RTP diiktiraf secara berasingan di peringkat antarabangsa oleh International Federation sukan masing-masing dan di peringkat kebangsaan oleh BDADC.
Atlet RTP boleh di ambil untuk Ujian Kawalan Doping tanpa notis terdahulu pada bila-bila masa dan tempat. Oleh itu, semua atlet RTP adalah dikehendaki untuk sentiasa mengemaskini informasi keberadaan mereka di ADAMS (ADAMS Login) atau Athlete Central App (Athlete Central | World Anti Doping Agency).
Tutorial Pengunaan ADAMS - ITA Tutorials - ADAMS - International Testing Agency
|

|
Informasi
Whereabouts yang harus di masukkan ke dalam ADAMS adalah seperti berikut:
|
| Alamat persuratan (Alamat rumah terkini & E-Mail) & nombor telefon
|
| Alamat lengkap tempat di mana atlet akan menginap setiap malam (sekiranya atlet tidak menginap di alamat persuratan yang diberikan.
|

| Jadual pertandingan serta lokasi
|

| Butiran jadual latihan & aktiviti yang sering dilakukan
|

| Slot masa 60 minit dalam setiap hari dari jam 5 pagi hingga 11 malam |
| Atlet yang bukan termasuk dalam RTP tidak perlu memberikan butiran slot masa 60 minit.
|
|
|

|
Petua Whereabouts untuk atlet:
|

| Menetapkan peringatan haribulan untuk Tarikh akhir bagi menngemaskini informasi
Whereabouts setiap suku tahun.
|
| Menetapkan peringatan sebelum bermulanya slot masa 60 minit |
| Memberikan informasi
yang terperinci seperti jenis rumah, jalan menuju rumah, nombor bilik hotel, nombor penerbangan dan sebagainya
|

| Memasukkan semua alamat penginapan atlet ke ADAMS address books - bagi membuat sebarang penukaran dengan lancer
|

| Suku tahunan Whereabouts: |
| 1. Suku Pertama (Q1): 1 Januari - 31 Mac 2. Suku Kedua (Q2): 1 April - 20 Jun 3. Suku Ketiga (Q3): 1 Julai - 30 September 4. Suku Keempat (Q4): 1 Oktober - 31 Disember
|
| Tarikh akhir bagi mengemaskini informasi setiap suku tahun adalah seperti berikut:
|
| 1. 15 Disember (Q1) pada jam 23:59 2. 15 Mac (Q2) pada jam 23:59 3. 15 Jun (Q3) pada jam 23:59 4. 15 September (Q4) pada jam 23:59
|
| Sebarang
penghantaran lewat,
tidak tepat atau
tidak lengkap boleh mengakibatkan
Filing Failure untuk atlet. Sekiranya atlet
tidak dapat ditemukan dalam slot masa 60 minit yang telah diberikan, ianya boleh mengakibatkan
Missed Test untuk atlet. Sebarang kombinasi 3
Missed Test dan/atau
Filing Failure dalam jangka masa 12 bulan boleh mengakibatkan terjadinya
Anti-Doping Rule Violation (ADRV) & kemungkinan penggantungan dari sebarang aktiviti sukan selama 2 tahun.
Rujukan:
Kursus ADEL untuk atlet RTP -
Anti-Doping Education and Learning
WADA Whereabouts -
https://www.wada-ama.org/sites/default/files/2022-03/At_a_Glance_Whereabouts_English_Live_2021.pdf
|