​​​​​​​​

Kunjungan Hormat TYT Ramu Abbagani, Pesuruhjaya Tinggi India

30032026_Kunjung Hormat TYT India (41).jpg



Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Md Azinuddin - KKBS



BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 Syawal 1447 / 30 Mac 2026 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Ramu Abbagani, Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam​.

Majlis ini berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh ​Yang Mulia Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abd Hamid, Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Kedua-dua belah pihak menyentuh beberapa isu semasa yang menjadi keperihatinan dan kepentingan bersama.




​​​​