Page Content
|
Program 60 Minit Bersama Al-Quran
|

Sumber: Siaran Media DBPFoto: Md Azinuddin, KKBS
BERAKAS, Isnin, 26 Ramadan 1447/16 Mac 2026 – Dalam usaha untuk memupuk budaya membaca serta menggalakkan masyarakat yang beragama Islam di negara ini untuk membaca Al-Quran, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Perpustakaan mengadakan Program 60 Minit Bersama Al-Quran secara fizikal di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan secara maya menerusi laman sosial DBP.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Program diserikan dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah dan Sayyidul Istighfar yang dipimpin oleh para pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Majlis diteruskan dengan bacaan Al-Quran beramai-ramai selama 60 minit secara serentak, iaitu Juzuk 4, Surah Ali Imran, ayat 93 – 200 dan Surah An-Nisa, ayat 1 – 23.
Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk memupuk budaya membaca serta menggalakkan lebih ramai rakyat dan penduduk di negara ini untuk membaca Al-Quran. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk meraih keberkatan dan ganjaran pahala pada bulan Ramadan dengan mempelawa orang ramai meluangkan sekurang-kurangnya 60 minit untuk membaca dan mendengar bacaan ayatayat suci Al-Quran.
Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Ketua-ketua Bahagian dan Jabatan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Penstriman langsung menerusi aplikasi Zoom turut disertai oleh pegawai dan kakitangan kerajaan, mahasiswa institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah, pihak persatuan serta orang ramai. Siaran langsung juga dapat diikuti melalui YouTube, Instagram dan TikTok Perpustakaan DBP.
Program ini diharap dapat menambah ilmu, memberi manfaat serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama Muslim, khususnya dalam kalangan pegawai, kakitangan, jemputan dan orang ramai yang mengikutiprogram berkenaan.
Majlis ditutup dengan ucapan penghargaan daripada Yang Mulia Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Pemangku Pengarah DBP selaku Pengerusi Majlis kepada semua peserta program, dengan harapan agar penyertaan dalam majlis yang bermanfaat ini akan terus meningkat pada masa akan datang.
Program juga diselajurkan dengan Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Majlis Penyampaian Derma kepada Anak-anak Yatim.

|