​​​​​​​​

Bengkel Scoping Exercise bagi Merangka Pelan Tindakan Kedua Dasar Belia Negara dan Strategi 2020–2035 (2026–2030)

26012026_Bengkel DBNS (2).jpg


Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Muhd Azinuddin - KKBS



Berakas, Isnin, 26 Januari 2026 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah menganjurkan Bengkel Scoping Exercise bagi Merangka Pelan Tindakan Kedua Dasar Belia Negara dan Strategi 2020–2035 (2026–2030) sebagai usaha bersepadu untuk menilai pencapaian pelaksanaan DBNS serta merangka hala tuju baharu pembangunan belia negara bagi tempoh lima tahun akan datang.


Bengkel ini menghimpunkan kementerian-kementerian lain, agensi kerajaan berkaitan, sektor swasta serta pergerakan dan persatuan belia, sebagai pendekatan Kerjasama Seluruh Negara dalam pembangunan belia. Penglibatan merentas sektor ini bertujuan memastikan pelan tindakan yang dirangka adalah inklusif, realistik dan selari dengan keperluan semasa belia.


Perbincangan bengkel memfokuskan kepada penggubalan strategi, program dan aktiviti, indikator prestasi utama (KPI) dan peneraju pelaksana di bawah empat strategi teras DBNS, iaitu Kerjasama Seluruh Negara, Budaya Perpaduan, Pendidikan, Kebolehambilan Kerja dan Pekerjaan Wajar, serta Pemerkasaan Belia, dengan mengambil kira dapatan awal kajian Youth Development Index (YDI) sebagai asas perancangan berteraskan data.


Hasil bengkel ini dijangka akan menjadi input utama kepada penyediaan Pelan Tindakan Kedua DBNS yang lebih berimpak tinggi, mampan dan selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035, sekali gus memperkukuh peranan belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara.


26012026_Bengkel DBNS (14).jpg 26012026_Bengkel DBNS (20).jpg ​







​​​​