​​​​​​​​

Peringkat Akhir Dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Dendang Tari Melayu Brunei Bagi Sekolah-Sekolah Rendah Tahun 2025

20250625_pertandingan tarian(TSUT-35.jpg



Sumber : Siaran Akhbar MOE

Foto : Md Azinuddin - KKBS

 

 

BERAKAS, Rabu, 28 Zulhijjah 1446 / 25 Jun 2025 -  Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengadakan Peringkat Akhir dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Dendang Tari Melayu Brunei Bagi Sekolah-Sekolah Rendah Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada para peserta talah Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Sebanyak lima buah sekolah rendah yang terdiri daripada sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta dari seluruh negara telah menyertai pertandingan yang melibatkan. penyertaan seramai 80 orang pelajar.

 

Pertandingan dimenangi oleh Sekolah Rendah Pantai Berakas, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, diikuti dengan Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri Besar, Sungai Kebun di tempat kedua dan Sekolah Rendah Tungku di tempat ketiga.

 

Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan dan menarik minat pelajar untuk mengenali serta mempelajari gerak tari Tarian-Tarian Brunei Asli, di samping memberi peluang kepada mereka mendendangkan iramanya secara kreatif. Melalui pertandingan ini juga, ia diharap akan dapat memupuk semangat kecintaan terhadap seni budaya warisan masyarakat Brunei di kalangan pelajar.

 

Pertandingan Dendang Tari Melayu Brunei bagi Sekolah-Sekolah Rendah Tahun 2025 merupakan sebuah acara persembahan pentas yang menampilkan gabungan unsur nyanyian dan tarian tradisional. Pertandingan ini julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti (BKK).


20250625_pertandingan tarian(TSUT-17.jpg 20250625_pertandingan tarian(TSUT-15.jpg

20250625_pertandingan tarian(TSUT-34.jpg 20250625_pertandingan tarian(TSUT-33.jpg



 


​​​​