​​​​​​​​

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Derma kepada Anak-Anak Yatim Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

20250327_NuzulAlquran-13.jpg



Sumber : Siaran Akhbar PSB

Foto : Md Azinuddin - KKBS


​Bandar Seri Begawan, Khamis, 26 Ramadan 1446/27 Mac 2025 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan hari ini mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Derma kepada Anak-Anak Yatim, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Jabatan-Jabatan di Bawahnya bagi Tahun 1446/2025. Majlis diadakan di Dewan Digadong Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pegawai Pelajaran, Bahagian Kauseling, Kementerian Pendidikan. 

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian derma kepada 19 orang anak yatim terdiri daripada 10 orang lelaki dan 9 orang perempuan. Sumbangan derma disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.


20250327_NuzulAlquran-6.jpg 20250327_NuzulAlquran-16.jpg

20250327_NuzulAlquran-26.jpg 20250327_NuzulAlquran-31.jpg




​​​​