​​​​​​​​

Kunjungan Hormat Puan Yang Terutama Alexandra McKenzie, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam

20250116_CCBritish&YBD-17.jpg



​Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Md Azinuddin - KKBS



BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Rejab 1446 / 16 Januari 2025 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang  Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama Alexandra McKenzie, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam​.

 

Majlis ini berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri oleh Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Azlan bin Pengiran Haji Tengah Omar, Pemangku Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Kedua-dua belah pihak menyentuh beberapa isu semasa yang menjadi keperihatinan dan kepentingan bersama.





​​​​