SIARAN MEDIA
PEMECATAN HAJI FEISAL BIN HAJI EUSOFF PATAIL SEBAGAI PRESIDEN PERSATUAN BOLA SEPAK KEBANGSAAN
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jamadilawal 1446 / 23 November 2024 – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah bagi Haji Feisal bin Haji Eusoff Patail untuk dipecat sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam dengan serta merta. Susulan ini, tindakan undang-undang akan diambil terhadap beliau kerana mencabar kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Tarikh berkuatkuasa adalah mulai hari Sabtu, 21hb., Jamadilawal 1446 bersamaan 23hb November 2024
Disediakan dan dikeluarkan oleh:
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Negara Brunei Darussalam
E-mel: Info@kkbs.gov.bn
Laman Sesawang: www.kkbs.gov.bn
Instagram: @kkbs_brunei
Facebook: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan