​​​​​​​​

Majlis Pembukaan Rasmi Kejohanan Wushu Remaja Dunia Kali Ke-9, 2024

20240925-Wushu-60.JPG

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan berangkat menyaksikan Pertandingan dalam kategori Taolu, pada hari pembukaan Kejohanan Wushu Remaja Dunia Kali Ke-9​, dan seterusnya menyempurnakan pengurniaan pingat kemenangan.



Sumber : Siaran Media JBS

Foto : Md Azinuddin - KKBS, Rabiatul Adawiyah- JBS, Yasmin -BIG Magazine


BERAKAS, Rabu, 21 Rabiulawal 1446 / 25 September 2024 – Persekutuan Wushu Brunei Darussalam, dengan sokongan Kementerian  Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah mengadakan Majlis Pembukaan Rasmi Kejohanan Wushu Remaja Dunia Kali Ke-9, 2024 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.


Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Majlis dimulakan dengan Perbarisan Lalu Atlet dan Pegawai Teknikal dari 50 negara yang menyertai kejohanan ini. Negara-negara yang ikut serta ialah Algeria, Armenia, Australia, Belgium, Benin, Brazil, Bulgaria, Canada, People's Republic of China, Czechia, Egypt, France, Great Britain, Georgia, Germany, Hong Kong, Indonesia, India, Islamic Republic of Iran, Iraq, Italy, Japan, Jordan, Kazakhstan, Republic of Korea, Kuwait, Lao People's Democratic Republic, Lebanon, Lithuania, Macao, Malaysia, Mexico, New Zealand, Philippines, Palestine, Portugal, Romania, Senegal, Singapore, Sri Lanka, Switzerland, Turkmenistan, Chinese Taipei, Tunisia, Türkiye, Ukraine, United States of America, Uzbekistan, Vietnam dan Negara Brunei Darussalam selaku penganjur Kejohanan Wushu Remaja Dunia Kali Ke-9.

 

Majlis diteruskan dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan juga Lagu Rasmi Persekutuan Wushu Antarabangsa (IWUF).

 

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan dari Yang Mulia Dr Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman, Pengerusi Bersama Eksekutif Kejohanan Wushu Remaja Dunia Kali Ke-9, 2024 dan ucapan daripada Yang Mulia Mr. Anthony Goh, Naib Presiden Persekutuan Wushu Antarabangsa (IWUF).

 

Majlis perasmian turut menyaksikan Bacaan Ikrar Atlet oleh Yang Mulia Lim Wan Xin dan Bacaan Ikrar Juri oleh Yang Mulia Mr Marcus Alves dari Brazil.

 

Seterusnya, tetamu kehormat majlis menyempurnakan perasmian Kejohanan Wushu Remaja Dunia Kali Ke-9, 2024.

 

Bagi meriahkan lagi majlis perasmian, ianya diserikan dengan Persembahan Khas, antaranya, Paluan Hadrah dari PGS RMF Music Academy; Tarian Tradisional Brunei dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar; Atlet Wushu Brunei Darussalam; dan Tarian Tradisional Cina dari Chung Hwa Middle School, BSB. Persembahan diakhiri dengan Lagu Tema “Young Wushu Warriors" dari PGS RMF Music Academy.

 

Kejohanan Wushu Remaja Dunia Kali Ke-9, 2024 akan diadakan bermula pada 25hb hingga 29hb September 2024. Sebanyak 2 kategori akan dipertandingkan iaitu acara Taolu yang akan diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dan acara Sanda akan berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.


Kejohanan Wushu Remaja Dunia Kali Ke-9 ialah acara kejohanan dunia rasmi yang dianjurkan oleh Persekutuan Wushu Antarabangsa (International Wushu Federation – IWUF). Kejohanan Wushu Remaja Dunia berlangsung setiap 2 tahun dan merupakan kejohanan remaja kemuncak rasmi IWUF dan menampilkan tahap daya saing tertinggi di kalangan atlet remajanya.

 

Turut hadir Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Eksekutif Kejohanan Wushu Remaja Dunia Kali Ke-9, 2024; Yang Mulia Dr Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman, Naib Presiden Persatuan Wushu Brunei Darussalam selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Eksekutif Kejohanan Wushu Remaja Dunia Kali Ke-9, 2024; Setiausaha-Setiausaha Tetap; wakil Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam; atlet-atlet dari 50 negara dan Jawatankuasa Kerja Kejohanan Wushu Remaja Dunia Kali Ke-9, 2024.


20240925-Wushu-5.JPG20240925-Wushu-2.JPG20240925-Wushu-58.JPG20240925-Wushu-92.JPG


​​​​