Sumber : Siaran Media KKBS
Foto : Md Azinuddin - KKBS
Bandar Seri Begawan, Rabu 30 Safar 1446 / 4 September 2024 - Pusat Kebangsaan E-Kerajaan telah mengadakan jerayawara Taklimat Pemberigaan Perkhidmatan Guna Sama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta jabatan-jabatan di bawahnya di Dewan Digadong, Bangunan KKBS.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat dan memberikan pendekatan lebih dekat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan guna sama dan juga dasar dan rangka kerja yang tersedia ada oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC).
Turut dihadiri oleh Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, serta pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan.