​​​​​​​​

Kunjungan Perpisahan daripada Tuan Yang Terutama Bernard Regnauld-Fabre, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam

20240806_CCfromfrance-3.jpg


Sumber : Siaran Media KKBS

Foto : Md Azinuddin - KKBS



Berakas, Selasa, 1 Safar 1446 / 06 Ogos 2024 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama Bernard Regnauld-Fabre, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam.


Majlis ini berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, turut dihadiri Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Mulia Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abd Hamid, Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Kedua-dua belah pihak menyentuh beberapa isu semasa yang menjadi keperihatinan dan kepentingan bersama.


20240806_CCfromfrance.jpg 20240806_CCfromfrance-2.jpg 




​​​​