​​​​​​​​

Siri Arkeologi ke-3 sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2024

01082024_Sesi Bicara Arkeologi ke3 (2).jpg


Bandar Seri Begawan, Khamis, 26 Muharram 1446 / 01 Ogos 2024 -  Jabatan Muzium-Muzium melalui Bahagian Arkeologi dan Monumen menganjurkan Siri Arkeologi yang ke-3 bersempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2024. Acara tersebut diadakan di Dewan Teater PM Dato Sharifuddin, Bangunan Arkib Negara.

 

Sesi kali ini telah menjemput dua (2) orang pembentang, yang mana masing-masing membentangkan kertas kerja yang bertajuk  MANIK: KEPENTINGAN DALAM MASYARAKAT KONTEMPORARI BRUNEI oleh Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap, KKBS dan  KAJIAN ARKEOLOGI: SUMBANGANNYA DALAM PENULISAN SEJARAH AWAL NEGARA oleh Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Karim bin Pengiran Haji Osman, Pakar Arkeologi.

 

Turut hadir bagi mendengarkan pembentangan ini ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Pengarah Muzium-Muzium Brunei, pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium-Muzium dan peminat-peminat sejarah tanahair.


01082024_Sesi Bicara Arkeologi ke3 (1).jpg01082024_Sesi Bicara Arkeologi ke3 (3).jpg01082024_Sesi Bicara Arkeologi ke3 (4).jpg01082024_Sesi Bicara Arkeologi ke3 (6).jpg




​​​​