​​​​​​​​

Majlis Penyerahan Bendera NBD bagi Rombongan Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) ke-47, 2023

28112023_Penyerahan bendera SSeayap-12.jpg


Berakas, Rabu,  15 Jamadilawal 1445 / 29 November 2023 - Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menghantar Delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) untuk menyertai Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) ke-47, 2023 di Tokyo, Jepun selama 10 hari bermula 29 November hingga 8 Disember 2023. Delegasi NBD terdiri daripada seorang National Leader, Dayang Hajah Siti Shamsiah binti Haji Sajali bersama 10 orang belia berumur antara 18 hingga 33 tahun yang diketuai oleh YM Awang Muhammad Asyraf bin Zulkipli selaku Ketua Belia, dan YM Dayang Nurul Hazirah binti Haji Jahari selaku Penolong Ketua Belia.


28112023_Penyerahan bendera SSeayap-13.jpg


Sehubungan itu, Majlis Penyerahan Bendera NBD kepada ketua delegasi telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas. Hadir menyempurnakan penyerahan bendera kepada ketua delegasi ialah YB Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan tiket penerbangan kepada ketua delegasi yang diserahkan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke NBD, Tuan Yang Terutama Maeda Toru. Turut hadir semasa majlis tersebut ialah YM Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan para ibu bapa peserta program berkenaan.


28112023_Penyerahan bendera SSeayap-19.jpg

​​​​