​​​​​​​​
  

YEAR ​2025​

LOGO-HK41-FINAL clean A2.jpg 



  

YEAR 2024

HK40 Logo1_Low RES (1).jpg

  

YEAR 2023


​​*Not Available*

  

YEAR 2022


​*Not Available*

  

YEAR 2021​

*Not Available*

  

YEAR 2020


​​*Not Available*

  

YEAR 2019


​​​*Not Available*

  

YEAR 2018​


​​*Not Available*



  

YEAR 2017


​​​​*Not Available*

  

YEAR 2016


​​​*Not Available*

  

YEAR 2015


​​*Not Available*

​​


  

YEAR 2014


​*Not Available*

  

YEAR 2013


​​​*Not Available*

  

YEAR 2012


​*Not Available*​

  

YEAR 2011


​​​​*Not Available*

  

YEAR 2010


​​*Not Available*

  

YEAR 2009


​*Not Available*​​

  

YEAR 2008


​​*Not Available*​

  

YEAR 2007


​*Not Available*​

  

YEAR 2006


​​​*Not Available*

  

YEAR 2005


​*Not Available*

  

YEAR 2004


*Not Available*

  

YEAR 2003


TEMA: BANGSA BERILMU NEGARA MAJU

Rekabentuk: Awang Abu Bakar bin Mat Jerah (Bahagian arkitek, Jabatan Kerja Raya)

Tafsiran Logo

TAHUN 2003

Panji-panji adalah melambangkan identity dan kedaulatan negara (negara maju). Penglibatan para belia hari ini sungguh membanggakan terutama dalam process pembangunan negara atau nation building, membantu mempercepakan pertumbuhan ekonomi dan sebagainya. Komitment seperti ini menaikan imej serta status Negara Brunei Darussalam.

Bentuk Sulaman dan garisan melengkung (global) melambangkan perpaduan bangsa yang berdisiplin, tahan lasak, berdikari bertanggungjawab dan mempunyai jati diri yang kuat dan sentiasa menanani kedaulatan bangsa dan negara terutama dalam era globalisasi yang semakin canggih dan hebat.

Bentuk golongan kertas warna putih melambangkan kebersihan rohani dan jasmani bangsa brunei yang taatkan raja, negara, bangsa dan agama.

Warna Kuning angka 19 melambangkan kecintan serta kesyukuran kita ke hadrat Allah subhanahu wataala kerana dalam tempoh 19 tahun kita telah dapat merasakan nikmat negara yang merdeka dalam suasana aman damai dan makmur.sepanjang tempoh itu negara serta bangsa kita telah melalui berbagai-bagai jenis perubahan dan pembaharuan positif dalam usaha untuk meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan serta kemajuan negara.

Warna hijau kekuningan berbentuuk bulan sabit adalah lambang agama islam. Di samping mengejar arus kemajuan kita hendaklah menanam semangat daya tahan, patuh kepada ajaran serta peraturan-peraturan agama islam dengan beperibadi serta berakhlak tinggi lagi mulia.negara kita adalah sebuah negara yang memiliki sahsiah berjati diri berunsurkan Melayu Islam Beraja, secara keseluruhanya biarlah kemajuan yang ingin kita capai itu hendaklah berasaskan dan bercalakkan keBruneian sejati dengan beerpandukan konsep MIB.

Warna kuning melambangkan Raja memerintah sebagai pemimpin yang disanjungi dan disayangi, memerintah dengan adil, bersikap pemedulian terhadap rakyat serta kepentingan negara sehingga Negara Brunei Daussalam mencapai kejayaaan dan dikenali oleh masyarakat antarabangsa.

Warna kuning putih dan hitam adalah warna-warna bendera negara brunei Darussalam sebagai simbolik buku(ilmu) – sumber ilmu pengetahuan budaya membaca adalah satu amalan terpuji kerana tanpa ilmu tidk akan dapat meletakan diri kita di tempay yang baik

Warna merah melambangkan kegagahan serta semangat brani rakyat demi mempertaruhkan keedaulatan, kemerdekaan negara dan unsur-unsur luaran​


Huraian Tema

BANGSA BERILMU NEGARA MAJU

Tema ini mengandungi sebuah impian besar atau gagasan pedana bagi melahirkan warga brunei yang berilmu dan berjasa kepada negara. Sejak dahulu lagi sehingga alaf bru atau era globalisasi, ilmu tetap diberi penghormatan untuk berada di tangga paling atas dalam konteks pembangunan bangsa dan kemajuan negara.pengabaian ilmu membawa kepada kelemahan, keuntuhan dan kemusnahan. Agama islam memberikan keutamaan dan kelebihan kepada orang-orang yang berilmu kebaikaan duniawi dan ukhrawi. Sumber ilmu ialah Al-quran, hadith serta alam seluruhnya.


Mana-mana negara yang bertamadun dan maju di dunia ini mempunyai warga yang berilmu untuk menggerakan jentera pembangunan bagi meraih kemenangan dalamberbagai bidang kehidupan. Berilmu bererti memiliki pengetahuan, maklumat, kecerdasan, berdaya tinggi, kemahiran dan kepandaiian.Dengan ilmu menjadikan seseorang itu berupaya menemu, mencipta danmenghsilkan sesuatu yang lebih besar lagi bermanfaat untukegaa dan manusia sejagat.

Tema ini juga bersesuaian dengan intipati sebahagian daripada ayat 9 surah Az-zumar yang bermaksud, “Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan?” samakah orang-orang yang taat dengan orang yang durhaka? Samakah orang yang berilmu dengan orang yang dungu? Tentu tidak sama. Yang dimaksudkan dengan “ilmu” dalam ayat ini bukanlah semata-mata ilmu keagamaan melainkan mencakup segala macam ilmu pengetahuan yang berfaedah untuk dunia dan akhirat. Orang yang dungu tentu akan menggeleng-gelengkan kepala saja kerana takjub melihat kehebatan kemajuan itu. Oleh sebab itu mestilah kita menuntut ilmu pengetahuan ke mana sahaja. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam ada bersabda yang bermaksud; “tuntutlah ilmu itu mulai dari dalam buaian (sejak knak-kanak) sampai ke liang lahad (kubur)”.

Orang yang tidak mahu belajar akan mudah terpinggir dengantidak dapa menempuh masyarakat baru yang sentiasa berubah.

​Tema ini juga menyarankan agar wara brunei Darussalam terbudaya dengan teknologi maklumat terkini.menguasai teknologi maklumat bererti mendalami ilmu pengetahuan yang membolehkan dapat bersaing dan berinteraksi dengan komuniti anatarabangsa dengan Penuh yakin, cepat, standing dan wibawa. Jika bangsa bersediadan berupaya menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi terkini, negara akan ketinggalan, hilang maruah, kedaulatan mudah tunduk kepada kehendak dan tekananluar serta sentiasa bergantung kepada pihak lain. Sebaliknya jika bangsa penuh bermaklumat dan berilmu hasil daripada penguasaan teknologi maklumat yang tinggi seperti yang di jelmakan dalam bentuk “e-government” dan “e-economy”, maka negara tidak mudah dipermainkan, dikotak-katikan globalisasi dan seterusnya mengekalkan kedaulatan sebagai entity yang kukuh dan dihormati sebagai imej bangsa berbudaya tinggi. Inilah cita-cita bangsa dan negara dalam penerusan slogan MEMPERKASA KEUPAYAAN BANGSA.​


  

​​​​​​​YEAR 2002

TEMA: MEMPERKASA KEUPAYAAN BANGSA

Rekabentuk: Pengiran Omarali bin Pg Haji mahari (Bahagian arkitek, Jabatan Kerja Raya)

Tafsiran Logo

TAHUN 2002 

Panji-panji
Panji-panji adalah lambang kecintaan rakyat dan penduduk terhadap bangsa dan tanahair. Ia membawa erti kesetiaan kepad raja dan sentiasa mendukung Kerajaan kebawah duli yang maha mulia paduka seri baginda sultan dan yang di pertuan negara brunei Darussalam.ia juga melambangkan kesetian rakyat yang sentiasa memberikan perkhidmatan di bawh petunjuk dan inyah Allah subhanahu wataala demi keselamtan dan kedaulatan agama,raja dan negara.

Jalur-Jalur Kuning, putih hitam dan glob 
Motif ini adalah lambang bangsa brunei yang menginsafi akan cabaran-cabaran dan saingan-saingan yang di cetuskan oleh ledakanproses globalisasi. Dalam agenda nasional untuk memperkaasa keupayaan bangsa, perhatian utama ditumpukan kepada pembinaan dan pengukuhkan jaringan disiplin dalam pelbagai bidang kehidupan yang ditunjangi oleh ilmu pengetahuan, prasarana ICT, daya kreatif dan jati diri bangsa. Semua ini di harapkan dapat meningkatkan keupayaan bangsa meraih kecermerlangan dan kejayaan.

Huruf
Huruf yang diwarnakan dengan kuning Emas adalah petanda bangsa brunei meraikan sambutan ulang tahun ke-18 hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang disertai dengan Semangat dan keinsafan yang tinggi. Jangka masa 18 tahun adalah Ruang waktu perjuangan untuk mengisi kemerdekaan sesuai dengan cita-cita untuk mengukuhkan kedaulatan agama, raja, bangsa dan negara.

Warna Biru
Warna Biu adalah larna Birumbang brune yang cintakan keamanan, ketenteraman, kedamaian dan kesejahteraan.

MEMPERKASA KEUPAYAAN BANGSA

Huraian Tema

Negara Brunei Darussalam telam memasuki alaf baru atau gelombang ketiga dan berhadapan dengan beberapa saingan dan perubahan srta cabaran-cabaran pelbagai dimensi yang diwujudkan oleh proses globalisasi. Kemauskan nilai-nilai dan unsur-unsur budaya dan ideologi asing seperti konsumerisme, hendonisme dan materialism memberi kesan kepada bangsa, agama dan negara.

Andainya perubahan dan cabaran itu gagal ditangani secara bijaksana berkemungkinan besar ia boleh mengakibatkan kemerosotan nilai moral, krisis dan keruntuhan ekonomi serta ketidakstabilan social dan politik.

Melihat hakikat seriusnya kesan daripada arus perubahan dan ditambah lagi dengan kehadiran cabara-cabarann yang sangat mendesak, maka negaa perlu menyediakan dan melaksanakan program-program startegi lagi mantap untuk memperkasa keupayaan bangsa dalam pelbagai bidang kehidupan terutamanya aspek pembinaan minda, kepimpinan, creativity sikap dan kemahiran agar mampu menggerakan dan mengembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Iman, takwa, mutu Pendidikan, anjakan paradigma dan peradapan aalah di antara paksi dinamis itu. Selain itu prasarana dan sumber-sumber daya juga perlu di perluaskan dengan menekan kan kecekapan, kecanggihan dan profesionalisme untuk meningkatkan daya upaya, hasil dan pengeluaran bangsa yang kompetitif dan productif.

Memperkasa keupayaan bangsa juga merupakan cita-cita dan usaha bersungguh-sungguh negara untuk menjadikan bangsa brunei memiliki sahsiah bejatidirikan unsur melayu islam beraja, berdaya upaya maju yang tinggi ,professional,bersemangat,berdaya saiang,berdedikasi,bersatu padu dan serba boleh bagi benar-benar mendaulatkan rahmat kemerdekaan yang dimiliki.

Bangsa yangberdaya perksa akan membawa negara ini meraih kemjuan, kemenangan dankesejahteraan, inSya-Allah.​​


  

YEAR 2001

TEMA: MAJU BANGSAKU SEJAHTERA NEGARAKU

Rekabentuk: Awang Abdul Rahman bin haji muhammad (Jabatan Pendidikan Teknik, kementerian Pendidikan)

Tafsiran Logo

TAHUN 2001

Panji-panji
perpaduan ummah mengukuhkan semangat cintakan tanah air. mendukung hasrat luhur kerajaan kebawah duli yang maha mulia paduka seri baginda sultan dan yang di-pertuan Negara Brunei Darussalam.

Jalur-jalur kuning putih hitam
Azam dan upaya gigih, kreatif dan inovatif bangsa untuk membangun serta memajukan bangsa dan negara yang didasari oleh prinsip serta nilai-nilai luhur falsafah negara – melayu islam beraja.

Rangka glob 
Bangsa brunei bbersedia serta yakin menghadapi cabaran cabaran globalisasi. Minda menduniai dan memberi penekanan kepada iman, ilmu dan pengusaan teknologi maklumat dan komunikasi (ITC)

Anak panah 17
Menggerakan seluruh rangkaian dan agensi masyarakat serta negara berusaha bersungguh-sungguh dan penuh yakin untuk menuju ke arah kecermerlangan dan kemajuan bagi kesejahteraan bangsa dan negara.


MAJU BANGSAKU SEJAHTERA NEGARAKU​

Huraian Tema

Tema sambutan Ulang tahun hari kebangsaan neegara brunei Darussalam ke-17 merupakan iltizam setiap institusi dan lapisan masyarakat untuk bergerak dengan penuh azam mengisi misi kemerdekaan bagi melahirkan bangsa brunei yang berjiwa besar dan maju dalam segenap bidang kehidupan.

Warga bangsa perlu memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi sebagai asas kepada kesempurnaan iman dan takwa untuk mencapai kesejhteraan hidup di dunia dan di akhirat di samping menguasai sains dan teknologi bagi membangun prasarana kehidupan yang canggih danberkesan.ketitihan usaha di bidang ekonomi yang meliputi memberi hak ekonomi kepada semua agensi masyarakat terutamanya sector swata yang bergiat dalam bidang ekonmi hendaklah diimbang dengan prinsip dan amalan teguh memegang amanah serta menghayati nilai-nilai luhur dan ciri-ciri peribadi cemerlang. Prinsip kekitaan, berakhlak mulia, berbudaya tinggi, semangat patriotic, sifat mandiri, budaya saiang, yakin dan profesionalisme adalah di antara citra luhur beerbangsa dan bernegara yang merdeka lagi berdaulat.

Dengan kepaduan iltizam dan pemilikan peribadi bangsa yang cemerlang insyaAllah kita akan mampu mengungkayahkan dan meraih kemajuan serta kegemilangan demi kesejahteraan Negara Brunei Darussalam yang Tercinta dan diredai oleh Allah Subhanahu wataala.​


  

​​​​​​​YEAR 2000

TEMA: MENGUKUHKAN JATI DIRI BANGSA DI ALAF BARU

Rekabentuk: Awang Abdul Rahman bin haji muhammad (Jabatan Dewan Bahasa dan pustaka)

Tafsiran Logo

TAHUN 2000

Logo direka cipta secara jelas, ringkas dan mudah difahami serta terhasil dai bayangan tumbuhan daun silatt yang banyak memberi inspirasi digunakan oleh puak-puak tempatan dari dahulu hingga sekarang.

Ia mempunyai pengertian seperti berikut :-
  • 7 Helai daun silat bererti 7 puak yang bersatu padu
  • Warna-warna kuning, putih dan hitam melambangkan Bendera Negara Brunei Darussalam
  • Helaian daun silat yang manghala ke atas bererti menuju ke alaf baru TM 2000 sekaligus menanai panji-panji negara.


MENGUKUHKAN JATI DIRI BANGSA DI ALAF BARU

Huraian Tema

Negara brunei Darussalam memang telah mempunyai jati diri bangsanya sendiri. Ini terungkap dalam falsafah negara melayu islam beraja.di dalamnya terkandung ciri-ciri luhur yang mewarnai amaln hidup orang-orang brunei sejak berzaman-zaman seperti taat kepada raja, kuat berugama, bersopan santun, akrab berkelarga dan berjiran, memucang-mucang dan tidak camah mata.

Namun perubahan zaman turun membawa perubahan kepada corak kehidupan yang murni ini.perkembangan teknologi dan keterbukaan negara kepada dunia luar sedikit sebanyak mempengaruhi sendi jati diri bangsa. Negara bertambah maju tetapi disebalik kemajuan itu jati diri bangsa kita menerima hambatan kesan-kesan negative, misalnya amalan memucang-mucang sudah kurang dipraktikan dalam kgiatan bermasyarakat dan kepekataan beraar galat semakin cawir dikalangan generasi muda sehigga timbul tidak berawar galat untuk meminta-minta secara terbuka. Juga sifat mendiri tatihberusaha mencari rezeki telah menjurus berubah kepada mengharapkan ‘hand-outs’ pihak berwenang. Oleh yang demikian ‘economic empowerment’ orang-orang brunei iaitu perwujudan dan persekitaran yang membolehkan mereka lebih control ke atas kehidupan atau situasi ekonomi mereka demi mengelakkan pergantunggan sepenuhnya kepada pihak berwenang perlulah difikirkan secara serius.

Untuk memasuki alaf baru , kita perlu berusaha mengukuhkan jati diri bangsa kita. Peranan semua pihak amat penting untuk menangani perkara ini. Individu dan masyaraka umum haruslah muhasabah diri dan sedar bahawa kita adalah orang brunei yang mempunyai jati diri bangsa, bermaruah dan berwibawa. Semua agensi dan institusi dalam sector awam (kerajaan dan swasta haruslah menjalankan usaha bersepadu merealisasikan hasrat murni mengkukuhkan jati diri bangsa ini dari peringkat kampung ke peringkat negara.​


  

YEAR 1999


​​​

TEMA: SIAP SIAGA KE ALAF BARU

Rekabentuk: Awang Osman bin bakir (Jabatan Muzium-muzium)

Tafsiran Logo

TAHUN 1999

Reka Cipta Logo Ini Adalah diilhamkan daripada daun berputar yang dinamik, tidak kaku yang melambangkan kedinamikan semangat berbangsa dan bernegara:

Daun berputar – kedinamikan berbangsa dan bernegara

Enam putaran daun – Rukun iman

Panji-panji – identity dan kedaulatan negara

Bulatan air mulih – identity melayu Brunei

Kuning - Raja, Beraja

Hijau – Islam, kesuburan.

Kuning, putih, hitam dan Merah- Bendera negara brunei Darussalam, Semangat berbangsas dan Bernegara.​


SIAP SIAGA KE ALAF BARU

Huraian Tema

  • ​Siap Siaga bererti sudah sedia untuk digunakan atau bertindak melakukan sesuatu
  • Alaf baru (new millennium) bererti hitungan masa seribu tahun (sepanjang kurun21)
  • Alaf baru yang di tandai oleh pelbagai teknologi tinggi dan peralatan canggih akan mewujudkan banyak cabaran dan saingan. Sedang kita mengimbang untuk memasuki alaf baru, warga bangsa perlu siap siaga dangan iltizam yang kuat demi memastikan survival bangsa
  • Iltizam perlu dijana ke tahap maksimum dalam semua pelaksanaan tugas dan tanggungjawab perlu ditingkatkan di samping mengukuhkan institusi keluarga, dan memperdalam kecintaan terhadap tatasusila berbangsa dan bermasyaarakat
Alaf baru memerlukan penebalan amalan konsep bersih, khususnya kebersihan jiwa yang manjana pengelaman besih dalam bidang pengurusan, pentadbiran, perkhidmatan dan pembangunan alam sekitar.semua ini memerlukan siap siaga dan iltizam tinggi bagi menjamin kesinambungan keharmonian dan kemakmuran negara


  

YEAR 1998


TEMA: MEMBINA INSAN YANG SEMPURNA DENGAN PENDIDIKAN BERSEPADU

Rekabentuk: Pengiran Timbang bin Pengiran haji Tuah (Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka)

Tafsiran Logo

TAHUN 1998

Logo ini mengandungi bentuk bentuk figurative dan grafik yang memberikan makna-makna tertentu dan mengambarkan mesej tema “MEMBINA INSAN YANG SEMPURNA DENGAN PENDIDIKAN BERSEPADU”. Logo ini berbentuk bunga putar yang merupakan ciri atau corak asli tenunan orang-orang brunei dan putaran bunga tersebut adalah penggerak atau pemangkin kepada pemerolehan ilmu pengetahuan yang lebih tinggi dan berguna kepada masyarakat Brunei.

Enam kelopak bunga yang digubah melambangkan rukun iman yang menjadi teras hidup masyarakat yang bernaung di bawah prinsip Melayu Isllam Beraja.

Buku Terbuka Melambang masyarakat yang terdidik dengan budaya meembaca demi peningkatan ilmu pengetahuan. Bentuk ini mengelilingi enam kelopak bunga yang melambangkan masyarakat yang bersatu padu bagi membina insan yang berdisiplin.

Pintu kubah melambangkan ruang dan landasan yang wajar unutk menimba ilmu pengetahuan bagi kepentingan duniawi dan ukhrawi.
Canang melambangkan pencanagan budaya dan prinsip Melayu Islam Beraja

Panji-panji melambangkan identity dan kedaulatan negara

Bunga putar melambangkan usaha-usaha yang berterusan dalam mengembang dan memajukan bidang Pendidikan sebagai teras pembangunan bagi menjamin kesejahteraan, keharmonian, kerukunan, kemakmuran, kemajuan, kestabilan bangsa dan negara.

Warna-warna Kuning, putih dan hitam melambngkan kecintaan terhadap negara. 

Warna Hijau melambangkan islam dan ketahanan fizzikal dan spiritual.

Warna biru melambangkan kesepaduan dan keharmonian masyarakat dalam usaha membangunkan maruah bangsa. 

Warna merah melambangkan sensitiviti, kesungguhan dan kejituan semangat orang-orang brunei dalam menangani dan melaksanakan hasrat dan matlamat bangsan dan negara.​


MEMBINA INSAN YANG SEMPURNA DENGAN PENDIDIKAN BERSEPADU

Huraian Tema

Negara Brunei darusalam sedang berada di ambang abad ke-21 yang mengandungi pelbagai cabaran dan sebahagian besar daripada cabaran itu oleh ditangani melalui Pendidikan bersepadu. Agensi atau kementerian mana yang menangani Pendidikan tidaklah timbul memandangkan Pendidikan adalah tetap merupakan asas utama pembetukan manusia selengkapnya menurut adunan nilai duniawi dan ukhrawi bagi pembangunan ekonomi, kestabilan social dan peningkatan martabat bangsa dan negara.

…” Tema ‘MEMBINA INSAN YANG SEMPURNA DENGAN PENDIDIKAN BERSEPADU’ memeberikan tumpuan kepada elemen primer ‘insan’ yang perlu di asuh, di didik, di bina dan di bentuk secara komprehensif menurut acuan yang releven dengan socio-budaya polituk negara ini. Insan adalah makhluk yang paling istimewa di sisi Allah yang diciptanya sebagai khlifah di muka bumi untuk mengendali segala urusan kehidupan dan pentadbiran di atasnya. Daalam pembangunan sihat sesebuah negara – bangsa, insan adalah mekanisme yang perlu diperlengkap, kerukunan kemakmuran, kemajuan dan kestabilan sesuatu bangsa dan negara. Sejak dalam pertumbuhan periode anank-anak lagi, insan perlu disapuh dengan Pendidikan dan asuhan yang betul dan sempuran demi melahirakan generasi yang berguna bagi asset negara – bangsa dan sekaligus berfungsisebagai katalis pembangunan kemajuan dan kesejahteraan.

Untuk membentuk insan kamil memeerlukan kepekaan dan responsive terhadap kehendak ugama dan aspirasi nusa dan bangsa. Setentunya insan kamil itu berilmu, beriman berdisiplin tinggi, berdaya maju dan berdaya saing yang kental, terutamanya dalam menanai dan memenuhi tuntutan dan keperluan zaman yang dinamik dan serba mencabar. kesepaduan dalam Pendidikan akan membetuk dan melahirkan insan yang proaktif, dinamik dan bijaksana yang menjadi tulang belakang pelaksanaan pembangunan negara yang didsari oleh falsafah negara Melayu Islam Beraja.

(Petikan buku rancangan - kata kata aluan yang berhormat menteri kebudayaan,belia dan sukan selaku jawatan kuasa tertinggi sambutan ulang tahun hari kebangsaan negara brunei darussalam ke-14 tahun 1998)​​



  

YEAR 1997​​

TEMA: KEMAJUAN EKONOMI TERAS KESEJAHTERAAN

Rekabentuk: Pengiran zainin bin Pengiran mansor (Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka)

Tafsiran Logo

TAHUN 1997

Logo ini mengandungi bentuk-bentuk figurative dan grafik yang memberikan mmakna-makna tertentu dan mengambbarkan mesej tema “KEMAJUAN EKONOMI TERAS KESEJAHTERAAN” warna- warna logo berdasarkan warna-warna bendera negara brunei Darussalam iaitu Kuning, hitamdan merah(panji-panji).

Rasional tema adalah ekonomi yangstabil, kukuh dan berkembang menjadi asas mewujudkan, kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran bangsa atau negara.

BUAH PADI – merupakan makanan asasi penduduk negara brunei Darussalam justeru ia menjadi sumber rezeki dan melambagkan dan kemakmuran yang mewujudkan kesejahteraam dalam kehidupan

SIMPULAN ATAU IKATAN – Melambangkan jalinan atau perpaduan yang kukuh dalam mengekalkan kemakmuran dan kesejahteraan.

TUJUH BULATAN – melambangkan tujuh puak jati brunei yang sentiasa hidup bersatu padu dan bersefahaman untuk mengekalkan identity keBruneian dan memajukan negara.

KIPAS – yang sifatnyasentiasa berputar melambangkan usaha-usaha berterusann dalam mengembang dam memajukan bidang ekonomi yang menjadi teras kesejahteraan dan kemajuan pembangunan bangsa dan negara.ia mengandungi tujuh daun yang masing-masing mempunyai bucu yang mengarah perpaduan ujuh puak jati brunei dalam menggembleng memajukan ekonomi negara kea rah perwujudkan kesejahteraan serta kemakmuran bersama. Maanfaat daripada usaha bukan sahaja dapat dinikmati oleh generasi masa kini juga genersi akan datang.kipas juga melambangkan keselesaan kedamaiaan dan ketenagan hidup.

BINTANG – Melambngkan harapan dan dorongan kepada pencapaian sesuatu matlamat. Terdapat tujuh bucu yang engarah ke setiap bulatan sebagai memberikan harapan dan dorongan kepada puak-puak jati brunei untuk Bersama-sama berusaha bahu-membahu bagi mencapai hasrat negara untuk memajukan dan menstabillkan ekonomi sebagai asas kesejahteraan, ke amanan dan kemakmuran bangsa dan negara.

Panji panji- melambangkan identity dan kedaulatan negara.

Warna - warna kuning, putih and hitam -  melambnagkan kecintaan terhadap negara dan warna hitam juga melambangkan hasil utama negara yang menjadi sumbber ekonomi yang penting iaitu minyak dan gas. Warna merah melambangkan sensitivity, kesungguhan dan kejituan semangat orang-orang brunei dalam menangani dan melaksanakan hasrat dan matlamat bangsa dan negara.
Keseluruhan logo mmelambangkan integrase nasional bagi membangun bangsa dan negara yang dinamik kearah peningkatan ekonomi dan sosiobudaya.

KEMAJUAN EKONOMI TERAS KESEJAHTERAAN

Pendehuluan

Tema ini di selaraskan dengan hasrat titah kebawah duli yang maha mulia paduka seri baginda sultan haji Hassanal bolkiahmuizzadin wadaulah, sultan yang di ertuannegara brunei Darussalam sempena sambutan Ulang tahun hari kebangsaan negara brunei Darussalam ke 12. Tema ini berkonotasi bahawa factor eonomi adalah penting untuk menentukan pembangunan dan pertumbuhana sihat dalam semua bidang sesuatu bangsa dan sebuah negara. Jesteru itu ia merupakan reagent untuk melaksanakan dan mempercepatkan rancangan serta usaha kerajaaan untuk mempelbagaikan bangsa dan negara menjelang abad mendatang.​

Huraian Tema

Bagi sesuatu bangsa dan sebuah negara, ekonomi memainkan peranan penting sbagai asa kemajuan dan kejayaan dalam pelbagai aspek penghidupan. Maju atau mundurnya sesuatu bangsa atau sesebuah negara adalah bergantung kepada kebersihan pencapaian ekonominya. kemantapan ekonomi dapat menjamin kemajuan dankekukuhan masa depannya, dan seterusnya sebagai teras kewujudan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran.

Pengagihakan kegiatan peluang-peluang ekonomi tidak tebatas kepada sesuatu golongan tertentu tetapi merata dalam masyarakat. setiap golongan masyarakat pula mestilah merebut peluang dalam usaha mempelbagaikan sumber ekonomi yang ada dan seterussnya bahu-membahu mewujudkan kesejahteraan yang didamkan.

Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya kemajuan ekonomi itu sentiasa dipertingkatkan untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat dan penduduk di negara ini.ke arah itu , berbagai rancangan atau projek untuk memperkembang dan memperluaskan ekonomi negara telah dan sedang di laksanakan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran serta persaingan urusniaga globalisasi dalam borderless world yang didasari oleh ledakan teknologi maklumat.

Oleh itu, supaya kesejahteraan, kemanan dan kemakmuran akan terus dinikmati oleh semua rakyat dan penduduk negara ini, maka kita perlu sensitive dan siaga mental terhadap kepentingan ekonomi itu dengan mengorak strategi dan usaha untuk mempertingkakan lagi serta menyusun perancangan bagi pencapaian kecemerlangan ekonomi yang menjadi katalis kepada kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran bangsa dan negara itu.apa bila kecemerlangan kemajuan ekonomi tercapai, maka akan terjanalah sebuh penghidupan sejahtera dengan jatidiri berbanga dan bernegara dikalangan warga dunia.​​


  

YEAR 1996

TEMA: PEMBANGUNAN MASYARAKAT MATLAMAT NEGARA


Rekabentuk:
Pengiran haji mohd yamin bin Pengiran setia jaya Pengiran haji abdul momin
Jabatan muzium-muzium brunei.


Tafsiran Logo

Tema ‘PEMBANGUNAN MASYARAKAT MATLAMAT NEGARA’ MENJADI ASA REKABENTUK LOGO INI.Logo ini memperjelaskan tentang bentuk-bentuk figurative dan grafik yang mengandungi makna-makna tertentu.

  • ​Panji-panji – Melambangkan identity dan kedaulatan negara
  • Warna kunig – Melambangkan Beraja
  • Warna hijau – Melambangkan islam dan ketahanan Fizikal dan Spiritual. Ianya juga melambangkan Kemakmuran dan Kesejahteraan Yang telah di perolehhi melalui Sumber alam dan bumi.
  • Warna biru - Melambangkan Kesepaduan dan Keharmonian Masyarakat Dalam Usaha Membangunkan Maruah Bangsa
  • Warna coklat - Melambangkan Melayuyang Didukung oleh tujuh puak sepertiyang termaktub dalam perlembagan
  • Warna hitam – Melambangkan benteng pertahanan dan kekuatan bagi melindungi negara dari ancaman dan anasir yang tidak diingini
  • Warna figurative dan pepohon – Melambangkan pembetukan dan seterusnya masyarakat yang hidup bahagia dan dapat menjamin kedamaian dan kemakmuran negara.
  • Bentuk sulaman dan struktur - jalinan dan persepatkatan dalam membangunkan masyarakat ke jalan yang di cita-citakan
  • Gurisan melengkung – Masyarakat Yang Bersatu Padu Menanai Keddaulatn nuda dan bangsa
  • Bentuk kipas – Diiktirafkan sebagai kedamaian, kesegaran dan ketenangan hidup

Huraian Tema

PEMBANGUNAN MASYARAKAT MATLAMAT NEGARA

Secara umum, kemajuan sesebuah negaraselalunya diukur melalui factor lahirlah yang Nampak kepada mata kasar sahaja. Maju atau mundurnya sesebuah negara itu akan bergantung kepada tahap pencapainya daripada segi ekonomi, khususnya dalam kemajuan fizikal atau material. Walau bagaimanapun pembangunan sedemikian akan hanya menimbulkan kemajuan yang tidak seimabang apabilaa sector terpenting yang mengisi pembangunan itu, iaitu manusia atau ummah, sering diabaikan atau tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

Pembangunan yang sejati dan unggul adalah pembangunan yang mencukupi aspek-aspek fizikal dan kerohanian setiap individu. Pembangunan juga akan lebih bermakna jika kita dapat mempastikan yang hasil pembangunan akan dapat dinikmati epenuhnya oleh setiap individu dalam negaraberkenaan. Dalam konteks ini adalah menjadi hasrat negara brunei Darussalam untuk melahirakan imej negara yang indah melalui kerukunan, kesejahteraan, keamanan dan keharmonian hidup berkeluaga, bermasyarakat dan bernegara.

Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan telah menegaskan bahawa dalam kita giat melaksanakan rancangan-rancangan ekonomi dan pembangunan negara, maka kita hendaklah juga menggiatkan usaha dalam membina dan mengukuhkan insitusi kekeluargaan yang bermula dari unit individu di kalangan masyarakat negara ini kerana individu sendiri membentuk keluarga, dan keluarga merupakan unit kecil yang terpenting dalam pembentukan masyarakat.

Oleh itu untuk meningkatkan pembangunan dan pekembangan ummah, maka kita perlu berusaha dengan lebih serius dan menyeluruh bagi mempastikan program pembangunan lebih menjurus secaa langsung atau tidak langsung kepada peningkatan kehidupan manusia atau ummah yang lebih selesa, makmur, bahagia, aman,rukun damai dan beremutu.Dengan kualiti tersebut, baharulah pembangunan negara akan tercipta dengan lebih bermakna dan padu.​


  

​​​​​​​YEAR 1995


 

TEMA: BBRUNEI DARUSSALAM TANAHAIRKU

Rekabentuk: Awang Esa bin Kula (Kementerian Kebudayaan, belia dan sukan)


Tafsiran Logo

Tahun 1995

Tema ‘BRUNEI DARUSSALAM TANAHAIRKU’ menjadi asas kepada rekabentuk logo ini. lukisan meyeluruh logo ini merupakan canag yang mengandungi enam biji bunga tampok pidada, enam gigi,enam mata pena dan panji-panji kerajaan brunei.

Bunga tampok pidada – melambangkan orang-orang melayu brunei yang kreatif, komited, tekun berdisiplin dan bertanggungjawab bagi mengingkatkan taraf ekonomi negara demi kesejahteran tanahair.

Enam gigi gear - Melambangkan rukun iman yang menjadi kekuatan jentera pentadbiran secara islam kea rah pembangunan, keselamatan, kemakmuran dan keadilan di brunei Darussalam.

Enam mata Pena yang Berpecah Dua - Menunjukan angka 11 melambangkan sebelas tahun merdekan. Di samping itu juga ianya melambangkan Pendidikan dan rakyat yang berilmu bagi memebangun bangsa dan negara agar lebih efisen, produktif dan progresif. Selaras dngan cita-cita kea rah pembangunan Pendidikan rohaniah dan jasmaniah.

Bentuk bulat - melambangkan canang bagi melaungkan dan mencanagkan semangat cintakan tanahair, bersatu padu dalam kebulatan fikiran dan tindakan, berakhlak mulia dan bersopan satunbagi memelihara kerukunan bermasyarakat dan bernegara.

Panji-panji – melambangkan kedaulatan negara

Warna kuning – Melambangkan raja

Warna coklat – melambangkanmelayu yang didirikan oleh tujuh puak seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara

Warna Merah – melambangkan kegagahan, keperwiraan rakyat dan kejituan, hati dalam menentang anasir dan gejala-gejala yang boleh menjatuhkan moral negara.

Warna Hijau – Melambangkan kebersihan rohani dan jasmani

Warna biru – Melambangkan kegighan dan semangan orang brunei dalam menuju ke era yang penuh dengan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kemajuan tanahair.

Warna hitam - melambangkan benteng pertahanan dan kekuatan yang merentangi dan melingkungi seluruh pelosok tanahair.


Huraian Tema

BRUNEI DARUSSALAM TANAHAIRKU

Pendahuluan

Tema ini di pilih dan disesuaikandengan penyataan yang termaktub di dalam ikrar hari kebangssaan yanf di kumandangkan setiap tahun sejak upacara sambutan hari kebangsaan pertama pada tahun 1984.

Huraian Tema

Pengakuan rakyat dan penduduk terhadap brunei Darussalam sebagai negara mereka berlindung dan bernaung adalah iltizam yang mempertegugh semangat untuk terus mendukung dan menghayati cita-cita dan wawasan negara. Brunei Darussalam telah ditakdirakan berupaya memberikan kesejahteraan dan kemakmuran untuk penerusan survival bangsa dan negara.Hakiakt ini wajib difahami oleh rakyat dan penduduk brunei Darussalam.Demi pelanjut kesejahteraan dan kemakmuranitu, national agenda kearah mempercepat pertumbuhan budaya ilmu, kesedaran tentang kepentingan system pertahanan, keingininan untuk melihat perkembangan pesat ekonomi, kesunguhan bagi memelihara system perundanga, kepekaan dalam pelbagai isu global, dan yang paling utama penghayatan yang tinggi terhadap falsafah MIB hendaklah diwujudkan serta diperjelas perincikan pelaksanaan. Dengan kefahaman begini tidak ada alas an bagi rakyat dan penduduk di negara ini untuk memungkiri sumpah dan pengakuan mereka bahawa ‘BRUNEI DARUSSALAM TANAHAIRKU”

Tema ini dipilih bagi menanamkan semangat cintakan tanahair dengan sepenuh hati.cintakan ‘tanahairku’ bererti kesungguhan dan kerelaan untuk berkorban demi kedaulatan bangsa dan negara srta keinginan untuk melihat brunei Darussalam sentiasa maju dalam pelbagai bidang.Nilai penting dalam pengertian ‘KU’(Kepunyaanku) itu ialah penolakan terhadap unsur-unsur atau elemen yang tidak berseuaian dengan norma hidup bangsa kita. Dengan kata lain rakyat dan penduduk negara ini wajiblah menghindari anasir-anasir yang cubamengacaubilaukan keamanan, memporakperandakan kesejahteraan, kebahagian dan merosakan akhlak dan budi pekerti.sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat, ciri-ciri berNEGARA itu diadun dengan prinsip-prinsip berikut:-
1)
  • ​Kedaulatan negara
  • Keselamatan dan kedaulatan sempadan
  • Kerasmian agam islam sebagai agama rasmi negara.
  • Keluhuran undang-undangKedaulatan Bahasa melayu sebagai Bahasa rasmi negara
  • Kehormatan bendera negara brunei Darussalam
  • Kehormatan lagu kebangsaan negara brunei darusssalam
  • Penghayatan kebudayaan melayu brunei
2)
Dengan adanya semangat cintakan dan seti kepada negara menjadikan rakyat lebih:
  • ​Berdisiplin
  • Komited
  • Bertanggungjawab
  • Bersatu padu
  • Efisen
  • Produktif
  • Progresif
  • Bersopan satun dan berakhlak tinggi
3)
‘TANAHAIRKU’ bermaksud tanah tempat kelahiran, tanah tumpah darah bagi sesuatu bangsa yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti bekrjaan,besempadan atau mempunyai integrity wilayah dan keluhuran undang-undang.

Dalam konteks Negara Brunei Darussalam istilah TANAHAIRKU memberi pengertian konsepsual kegemilangan Raja dan Bangsa Melayu pada zaman lampau yang berterusan hingga ke hariini.Ianya juga memulihkan semangat dan rasa kekitaan bagi orang-orang Brunei yang mengandungi eri nilai leluhur.​


  

​​​YEAR 1994


*Not Available*

  

​​​​​​​​YEAR 1993

 

TEMA: MENEGUHKAN KESEJAHTERAAN TANAHAIRKU

Rekabentuk: Pengiran Asmalee Bin Pengiran Ahmad (Jabatan Kebajikan,Belia dan Sukan)


Tafsiran Logo

Tahun 1993

Perkataan ‘MENEGUHKAN’ adalah menjadi asas rekabentuk pada keseluruhan logo ini di mana ukiran keseluruhan rekabentuk merupakan lingkaran bunga yang mengandungi Sembilan daun bunga, Sembilan biji(ciri) dan Sembilan pasak yang mengukuhkan keseluruhan lingkaran daun bunga membawa makna “MENGUHKAN KESEJAHTERAAN TANAH AIR”

Tampuk bunga yang dilambangkan oleh panji-panji kerajaan negara brunei Darussalam, bercabang kesembilan rangkaian mengistilihkan intipati pemerintahan ‘Melayu islam Beraja’, kedaulatan, Beragama, Kebudayaan,Semangat Cintakan tanahair, Pendidikan, ekonomi, pertahanan, undang-undang dan Kemantapan Teknologi:

  • ​Kris Melayu : melambangkan melayu
  • Bulan Sabit : Islam adalah Agama Raasmi
  • Mahkota
  • Bendera
  • Buku dan kalam
  • Bunga Padi
  • Pedang dan Utap
  • Timbangan (dacing)
  • Roda Kog
Kesemua Konsep dan matlamat ini dibuatkan dengan ‘PASAK’ yang berbentuk Kubah melambangkan asas dan kepentingan unsur-unsur islam dan keimanan membangun negara semua di bidang dan lapangan. Jika salah satu daripada pasak itu tercabut maka akan menjejaskan antara satu matlamat.

Warna warna kuning, putih hitam melambangkan kecintaan terhadap negara dan warna unggu melambangkan Kebudayaan Melayu Brunei.

Pasak yang di gambarkan oleh rekacipta atau lambing seperti kubah melambangkan semangat dan usaha yang bersungguh sungguh oleh rakyat dan pemimpin yang disedari oleh iman dan islam pada membangun negara ini untuk mencapai dan meneguhkan kesejahteraan tanah air.
Rekabentuk logo ini hasil ilham daripada daun tumbuhan tempatan bernama “daun silat”. Bentuknya lebar dan terurai indah. Daunnya kukuh dan mempumyai berbagi kegunaan.

Huraian Tema

MENEGUHKAN KESEJAHTERAAN TANAHAIRKU

Alhamdulilah, negara brunei Darussalam sekarang ini dalam keadaan makmur sejahtera berkat kepimpinan yang penuh berdaulat Kebawah duli yang maha mulia paduka seri baginda sultandan yang di ertuan negara brunei darusalam, usaha gigih dan permuafakatan luhur di kalangan para pemimpin dan rakyat mewujudkan perpaduan sejati demi kemakmuran dan kesejahteraan tanahair.

Suasana sejahtera yang dinikmati ini perlu di pelihara, diusahakan dan seterusnya di teguhkan oleh semua lapisan raykat dan penduduk negara brunei Darussalam pada memelihara kedaulatan tanahair yang ditanai selama ini.inilah juga yang si maksudkan dengan perkataan “meneguhkan”.

Satu komitmen oleh setiap warganegara demi menegakan negara brunei daussalam sebuah negara yang berdaulat, mempunyai maruah dan martabat yang berwiba dipancarrkan melalui ciri-ciri berNEGARA:-

  • ​Kedaulatan raja
  • Keselamatan dan kedauatan sempadan
  • Agama islam sebagai agam rasmi negara
  • Keluhuran undang-undang
  • Kedaulatan bahsa melayu sebagai Bahasa rasmi negara
  • Kehormatan bendera negara brunei darusalam
  • Kehormatan lagu kebangsaan negara brunei Darussalam
  • Penghayatan kebudayaan melayu brunei
  • Kesinambungan tema tahun 1992 “MENANAI KEDAULATAN TANAHAIRKU”
Rasional Tema:
  • ​Bersama Mendoakan ke hadrat Allah Swt untuk kesejahteraan tanahair tercinta
  • Bersama Memakmurkan tanahair
  • Bersamaa memupuk semangaat taat kepada Allah, setia kepada sultan dan cinta kepada tanahaiar sebagai ciri utama berNegara
  • Bersama memelihara kemerdekaan,kedaulataan, ketenteraman dan keselamatan tanahairr dengan penuh tanggunngjawab.​​


  

YEAR 1992


TEMA: MENANAI KEDAULATAN TANAHAIRKU


Tafsiran Logo

Tahun 1992 
Rekabentuk logo ini hasil ilham daripada daun tumbuhana tempatan bernama “Daun Silat” Bentuknya Lebar dan terurai indah. Daunya Kukuh dan mempunyai berbagai kegunaan.

Untuk mencipaan logo dirangkai lapa lembar daun silat berwarna hijau dan coklat, lapan biji bulan berwarna kuning serta berkalungan bintang-bintang berwarna hitam sebagai menyatakan perutusan tema MENANAI KEDAULATAN TANAHAIRKU.

Tafsiran logo:
Daun Silat- Kebruneian, Semangat menanai kedaulatan Lapan 
lebar daul silat- Lapan Ciri bernegara 
Panji-panji – Tanahair, negara. 
Bulan- Islam 
Lapan biji Bulan – Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Daarussalam

Perlambangan Warna:
Warna Kunning- Raja, Beraja 
Warna Hijau- islam, subur 
Warna Coklat - Melayu 
Warna Kuning, Putih, Hitam -Bendera Negara brunei Darussalam, semangat cintakan tanahair​

Huraian Tema

MENANAI KEDAULATAN TANAHAIRKU

Sebuah negara yang berdaulat mempunyai maruah dan martabat yang berwibawa, dipancakan melalui ciri-ciri bernegara:

  • Kedaulatan raja dan berpemerintahan sendiri
  • Kedaulatan rakyat
  • Kedaulatan sempadan
  • Keluhuran undang-undang
  • Agama islam sebagai agama rasmi negara
  • Bahasa melayu sebagai Bahasa rasmi negara
  • Bendera negara brunei darussaxlam dan lagu kebangsaan
  • Kebudayaan Melayu Brunei
Dengan adanya semangt cinta dan setia rakyat kepada negara menjadikan rakyat lebih:

  • Berdisiplin
  • Komited
  • Bertanggungjawab
  • Bersatu padu
  • Efisien
  • Produktif
  • Progresif
  • Bersopan santun
Demi Mendukung Tema MENANAI KEDAULATAN TANAHAIRKU

Rasional Tema

  • Demi Kedaulatan negara, semangat cinta dan setia rakyat terhadap negara perlulah dibangkitkan dan dikukuhkan memlalui pnghayatan seluruh lapisan rakyat dan penduduk negara ini terhadap ciri-ciri bernegara,
  • Untuk meningkatkan iman dan taqwa serts kepimpinan dan kesetiaan.
  • Untuk meningaktakan ksedaran dan keinsafan rakyat terhadap ciri-ciri bernegara
  • Untuk survival rakyat dan negara​


  

YEAR 1991


TEMA: PERHUBUNGAN BERKESAN MENGERATKAN PERPADUAN


Tafsiran Logo

Lingkaran Yang Bersambung Melambangkan Prlunya Wujud Prhubungan Yang Berkesan Bagi Encapai Perpaduan Erat.

Alunan Ombak Dan Bulatan Hijau Di Atasnya Melambangkan Perpaduan Yang Lahir Dari Perhubungan Berkesan.Perpaduan Rakyat Dan Negara Berganding Bahu Dan Berkerjasama Kea Rah Kemajuandan Matlamat Negara.

Simpul Yang Berbentuk Hati Melambangkan Keazaman Hati Rakyat Dan Negara Juga Perlu Untuk Mencapai Perpaduan Dan Kemajuan.

Warna HIJAU Melambangkan Melayu Islam Beraja.

Warna KUNING Melambangkan Keberkatan Dan Keunggulan Negara Brunei Darusalam Di Bawah Pimpinan Kebawah Dulu Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sulan Dan Yang Di Pertuan Negara Brueni Darussalam.

Warna MERAH Melambangkan Semangat Rakyat Dan Negara.

Panji-Panji Melambangkan Matlamat Rakyat Dan Negara Yang Di Cita-Citakan Melalui Perhubungan Berkesan Dan Perpaduans.


Huraian Tema

​Perhubungan Dalam Konteks Yang Luas Iaitu Horizontal Dan Vertical, Perhubungan Antara Kerajaan Dangan Raykat (Grassroot) Dan Perhubungan Antara Sektor Agensi Kerajaan Denga Kerajaan Pada Menjamin Pentadbiran/ Pengrusan Yanglancar,Licin Dan Efisen.​​​


  

YEAR 1990


TEMA: PERHUBUNGAN BERKESAN MENGERATKAN PERPADUAN


Tafsiran Logo

Lingkaran Yang Bersambung Melambangkan Prlunya Wujud Prhubungan Yang Berkesan Bagi Encapai Perpaduan Erat.

Alunan Ombak Dan Bulatan Hijau Di Atasnya Melambangkan Perpaduan Yang Lahir Dari Perhubungan Berkesan.Perpaduan Rakyat Dan Negara Berganding Bahu Dan Berkerjasama Kea Rah Kemajuandan Matlamat Negara.

Simpul Yang Berbentuk Hati Melambangkan Keazaman Hati Rakyat Dan Negara Juga Perlu Untuk Mencapai Perpaduan Dan Kemajuan.

Warna HIJAU Melambangkan Melayu Islam Beraja.

Warna KUNING Melambangkan Keberkatan Dan Keunggulan Negara Brunei Darusalam Di Bawah Pimpinan Kebawah Dulu Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sulan Dan Yang Di Pertuan Negara Brueni Darussalam.

Warna MERAH Melambangkan Semangat Rakyat Dan Negara.

Panji-Panji Melambangkan Matlamat Rakyat Dan Negara Yang Di Cita-Citakan Melalui Perhubungan Berkesan Dan Perpaduans.


Huraian Tema

Perhubungan Dalam Konteks Yang Luas Iaitu Horizontal Dan Vertical, Perhubungan Antara Kerajaan Dangan Raykat (Grassroot) Dan Perhubungan Antara Sektor Agensi Kerajaan Denga Kerajaan Pada Menjamin Pentadbiran/ Pengrusan Yanglancar,Licin Dan Efisen.​​
​​


  

​​YEAR 1989


TEMA: BERDIKARI MENINGKATKAN KEMAKMURAN NEGARA


Tafsiran Logo

Logo Hari Kebangsaan Bagi Tahun 1988 Direkabentuk Berdasarkan Aspirasi Tema Sambutan. Fokal Logo Ialah Angka 88 Yang Merupakan Tahun Sambutan
Logo sambutan hari kebangsaan ke-5 di rekabentuk dengan “CORAK BUNGA PUTAR, GEAR, PANJI-PANJI DAN BULATAN”.

Corak-Corak Ini Mempunyai Pengertian Seperti Beikut:

Lima Daun Kipas Melambangkan Rukun Islam Dan Sambuta Ulang Tahun Kelima Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.Cantuman Lima Daun Juga Melambangkan Perpaduan Rakyat, Teguh Berdikari Dan Berusaha Bagi Sama-Sama Mengerakan Negara Kearah Kemakmuran Dan Kesejahteraan.

Bunga Putar Gigi Gear Melambangkan 13 Kementerian Dalam Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Bergerak Dengan Harmoni Dangan Rakyat Dalam Menuju Dan Menggerakan Negara Kea Rah Kemakmuran Dan Kesejahteraan.

Bunga Putar Bergabung Dengan Gear Melambangkan Kemantapan Negara Brunei Darussalam Bergerak Ke Hadapan Dengan Mengunakan Teknologi Tanpa Membelakangkan Ciri-Ciri Kebruneian

Panji-Panji Negara Brunei Darussalam Yang Terletak Di Tengah-Tengah Logo Melambangkan Kedaulatan Negara Brunei Darussalam.

Bulatan Melambangkan Tekad Yang Tidak Putus-Putus Dalam Usaha Membangun Dan Meninngkatkan Kemakmuran Negara.

Bentuk-Bentuk Ini Dikombinasikan Pula Dengan Warna-Warna Tertentu Yang Membawa Pengertian Seperti Berikut: Warna Emas Metalik Melambangkan Kekukuhan,Kestabilan Serta Kedaulatan Negara Brunei Darussalam.

Warna Coklat Sebagai Latar Belakang Melambangkan Rakyat Dan Penduduk Sebagai Jentera Utama Pengerak Negara.

Warna Putih Melambangkan Teknologi Yang Bersih.


Huraian Tema

Tema Ini Membawa Pengertian Bahawa Dalam Mengisi Era Kemerdekaan, Penglibatan Rakyat Dan Penduduk Adalah Perlu Bagi Sama-Sama Memikul Tanggungjawab Kea Rah Menstabilkan Dan Seterusnya Meningkatkan Sosio-Ekonomi Negara.

Dalam Menuju Kea Rah Berdikari, Ia Mengkhendaki Setiap Lapisan Masyarakat Unutuk Mempunyai Disiplin Yang Tinggi, Kemahirankerajinan Dan Pestasi Yang Cemerlang Dalam Bidang-Bidang Yang Diceburi.Dengan Bersandarkan Konsep Berdikar, Negara Dan Rakyat Akan Teus Menikmati Kemajuan Dan Kemakmuran.​​



  

YEAR 1988


TEMA: BERDISIPLIN, CERGAS, BERBUDAYA, NEGARA BAHAGIA

Tafsiran Logo

Logo Hari Kebangsaan Bagi Tahun 1988 Direkabentuk Berdasarkan Aspirasi Tema Sambutan. Fokal Logo Ialah Angka 88 Yang Merupakan Tahun Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-4 Ini. Angka Ini Diikat Jalin Bentuk Kubah Yang Tidak Putus,Mengaambar Kan Keharmonian Dan Perpaduan Rakyat Di Negara Ini Berdasarkan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Dan Taat Kepada Agama.

Kubah Dan Bintang - Melambangkan Ciri-Ciri Keislaman Iaitu Agama Rasmi Negara Brunei Darussalam.

Panji-Panji Negara Brunei Darussalam - Melambangka Kerajaan Kebaah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam Sebagai Pusat/Fokal Kewujudan Negara Dan Rakyat Serta Penduduknya.

2 Helai Daun Pawas - Melambangkan Eras Kebudayaan Yang Suci Murni Sebagai Pendokong Kepada Cita-Cita Dan Aspirasi Bangsa Dan Negara.



Huraian Tema

​Membawa pergeertian bahawa negara brunei Darussalam insyaAllah akan dapat mengekal dan meningkatan lagi kemakmuran, kedejahteraan dan keamanan yang dinikmatinya sekarang jika rakyat dan penduduk negara ii mengamalkan cara hidup yang berdisiplin, cergas dan sihat dari segi mental dan fizikal di samping bersopan santun dan hormat-menghormati berlandaaskan tata Susila dengan konsep melayu islam beraja.​


  

YEAR 1987

TEMA: MEMBANGUN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Tafsiran Logo

Warna Kuning Dalam Bulatan Panji-Panji Dan Warna Kuning Dalam Bulatan Luar Melambangkan Kebawah Dulu Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam Sebagai Raja Dan Kepala Pemeintah Negara Brunei Darusalam.
12 Tiang Berupa Tangan Dangan Panji-Panji Negara Brunei Darusalam Di Atasnya Melambangkan Pegawai-Pegawai Dan Kakitangan Kerajaan Dan Orang Ramai Bekerjasama Dengan 12 Kmenterian Kerajaan Pada Mendukung Persatuan Dan Kemajuan Negara Brunei Darussalam.

Tiang Dan Bahagian Atas Apabila Disatukan Melambangkan Bentuk Simbolik Lebuhraya Kea Rah Keamanan Dan Kemajuan.
Bendera Negara Brunei Darusalam Melambangkan Bahawa Semua Usaha Dan Kerjasama Pegawai Dan Kakitangan Kerajaan Serta Orang Ramai Kearah Keamanan Dan Kemajuan Adalah Untuk Negara Brunei Darussalam.

Warna Seperti Coklat Yang Dipilih Bgi Tiang Dan Bentuk Simbolik Lebuhraya Melambangkan Kemajuan Dalam Pembangunan.
Warna Putih Dalam Bulatan Melambangkan Keamanan.
Bulatan Pula Melambangkan Keteguhan Kesatuan.​


Huraian Tema

“Kita mempunyai keyakinan bahawa tema ini adalh bertepatan dengan suasana negara kita yang aman makmur yang sentiasa bersatu dalam aspek-aspek bernegaa dan bermasyarakat. Dalam konteks bersatu di sini boleh diertikan sebagai semua lapisan rakyat tidak mengira bangsa dan ugama tetap bergabung menjadi satu demi menjamin keamanan dan kemajuan di bawah tampuk pemerintahan kebawah duli yang maha mulia paduka seri baginda sultan haji Hassanal Bolkiah mui’zzadin wadaullah, sulatan dan yang dipertuan negara Brunei Darussalam.

Dengan menyedari hakikat bersatu dalam erti kata yang meluas di bawah pimpinan pemerintahan kebawah duli yang maha mulia paduka seri baginda sultan dan yand di pertua negara brunei Darussalam semua lapisan rakyat tetap berdiri teguh demi menegakan prinsip perpaduan yang telah dibuktikan dangan jayanya oleh sejarah terutama dari nenek moyang kita sendiri.spirasi untuk berate tetap akan dikekalkan pada hati serta tindakan setiap rakyat dan penduduk demi menyedari hakikat bahawa bersatu ini adalah nadi kepada keamanan dan kemajuan dalam bernegara dan bermasyarakat.”​



  

​​YEAR 1986​


TEMA: MEMBANGUN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Tafsiran Logo

MEMBANGUN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

TEMA ULANG TAHUN KEDUA HARI KEBANGSAAN INI ADALAH MENGGAMBARKAN DISIPLIN PRPADUAN DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA RAKYAT DAN KERAJAAN NEGARABRUNEI DARUSSALAM. TEMA INI DIPILIH SELARAS DENGAN TITAH KEBAWAH DULU YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG MENYENTUH MENGENAI DENGAN PERLAKSANAKAN RANCANGAN KEMAJUAN NEGARA YANG PERTAM SEMENJAK NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENCAPAI KMERDEKAAN PENUHNYA DAN SEUAI DENGAN KEADAAN NEGARA MENGHADAPI CABARAN-CABARAN PEMBANGUNAN MENUJU ABDA KE-21 DAN PERANAN RAKYAT DAN PENDUDUK NEGARA INI DALAM MENDUKUNG PELAKSANAAN HASRAT DAN CITA-CITA BERSAMA.

TEMA INI ADALAH BERSESUAIAN DAN MENEPATI MAKSUD HASRAT NEGARA UNTUK MEMUSATKAN AKTIVITI-AKTIVITINYA PADA MEMBINA NEGARA SEMATA-MATA MENUJU SATU MATLAMAT BAGI KESELASAAN DAN KESEMPURNAAN HIDUP SELURUH RAKYAT DAN PENDUDUK DI NEGARA INI DI SAMPING MEMPERKUKUHKAB LAGI KEMAJUAN EKONOMI,SOCIAL NEGARA BERLANDASKAN CIRI-CIRI KEHIDUPAN DAN KEADAAN KITA.

‘MEMBANGUN NEGARA’  MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG LUAS DAN MENGRANGKUMI KKESEMUA ASPEK PEMBANGUNAN BUKAN SAJA ASPEK-ASPEK EKONOMI, FIZIKAL MALAHAN PENTINGNYA PEMBETEKUAN ROHANI DAN MENTAL PENDUDUKNYA.

‘TANGGUNGJAWAB’ BERETI MELIPUTI SEMUA ASPEK AKTIVITI-AKTIVITI PEMBANGUNAN SEPERTI KEAGAMAAN PERPADUAN, KEMASYARAKATAAN DAN KEBUDAYAAN.

‘BERSAMA’ PULA MELIPUTI KEDUA-DUA KERAJAAN DAN RAKYAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ERHADAP PEMBANGUN NEGARA.

Huraian Tema

Tema Ulang Tahun Kedua Hari Kebangsaan Ini Adalah Menggambarkan Disiplin Perpaduan Dan Tanggungjawab Bersama Rakyat Dan Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Tema Ini Dipilih Selaras Dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Menyentuh Mengenai Dengan Perlaksaanan Rancangan Kemajuaan Negara Yang Pertama Semenjak Negara Brunei Darussalam Mncapai Kemerdekaan Penuhnya Dan Sesuai Dengan Keadaan Negara Menghadapi Cabaran-Cabaran Pembangunan Menuju Abad Ke-21 Dan Peranan Rakyat Dan Penduduk Negara Ini Dalam Mendukung Pelaksanaan Hasrat Dan Cita Cita Bersama.

Tema Ini Adalah Bersesuaian Dan Menepati Maksud Hasrat Negara Untuk Memusatkan Aktiviti-Aktivitinya Pada Membina Negara Semata Mata Menuju Satu Matlamat Bagi Keselasaan Dan Kesempurnaan Hidup Seluruh Rakyat Dan Penduduk Di Negara Ini Di Samping Memperkukuhkan Lagi Kemajuan Ekonomi,Social Negara Berlandaskan Ciri-Ciri Kehidupan Dan Keadaan Kita.
“Membangun Negara” Mempunyai Pegertian Yang Luas Dan Merangkumi Kesemua Aspek Pembangunn Bukan Saja Aspek-Aspek Ekonomi, Fizikal Malahan Pentingnya Pembentukan Rohani Dan Mental Penduduknya.
“Tanggungjawab” Beerti Meliputi Semua Apek Aktiviti-Aktiviti Pembangunan Seperti Keagamaan, Perpaduan, Kemasyarakatan Dam Kebudayaan.

“Bersama” Pula Meliputi Kedua-Kedua Kerajaa Dan Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam Terhadp Pembangunan Negara.​


  

YEAR 1985​

 

TEMA: BERSATU PADU MENGHAYATI KONSEP NEGARA MELAYU ISLAM BERAJA

Huraian Tema 

BERSATU PADU MENGHAYATI KONSEP NEGARA MELAYU ISLAM BERAJA 


MELAYU 

Dalam Konsep Ini Semogalah Antara Lain Menggambarkan Satu Pendirian Pada Menyatakan Rakyat Jati Negara Ini, Yang Mula Tumbuhh Dan Berkembang Di Negara Ini Dan Merupakan Pewaris Tunggal Bumi Brunei Darussalam Ini. Ciri-Ciri Kebudayaan Dan Keagunan Sejarahnya Adalah Di Saluti Dengan Sifat-Sifat Kehalusan Dalam Serba Serbi, Dalamgerak Gerinya, Dalam Bahasanya, Manis Tingkah Lakunya, Pemalu Tetapi Hebat Dalam Menghadapi Cabaran , Dan Suka Menjadi Sebab Utama Bagi Brunei Darussalam Berkembang, Aman Makmur Dan Bersatu-Satu Tanpa Mendatangankan Sebarang Kesulitan Hidup Kepada Sesiapa Jua Dalam Mengendalikan Ursan Kehidupan Bernegara Dan Bermasyarakat. 



ISLAM 

Dalam Konsep Ini Antara Lainadalahmenegaskan Ugama Rasminegara Yang Dianuti Sebagai Satu Cara Hidup Yang Lengkap Lagi Sempurna Yang Mencukupi Seluruh Bidang Kehidupan Sosio-Ekonomi Dan Politik. Islam Yang Diamalkan Di Negara Brunei Darussalam Semata-Mata Hanyalah Yang Termasuk Dalam Lingkungan Ahli Sunnah Wal-Jamaah Dan Khususnya Mazhab ‘Ashafiee, Yang Sentiasa Menggesa Kepada Kebaikan Hidup Dan Menegah Kejahatan. 



BERAJA 

Dalam Kosnep Ini Menggambarkan Suatu Kebulatan Tekad Masyarakat Kita Pada Menyatakan Bahawa Raja Bagi Masyarakat Brunei Darussalam Adalah Unsur Perpadun, Ketua Ugama Rasmi Dan Bukan Ceremonial.Bagi Masyarakat Brunei, Raja Dalah Pemimpin Yang Sentiasa Bertugas Bagi Faedah Masyarakat Dan Negaara Lutanan Dalam Menjalankan Urusan Pemerintahan, Adil Pada Memutuskan Sesuatu, Kasih Sayang Kepada Rakya​​tnya Dan Hal Ini Adalah Selaras Dengan Konsep Khalifah Salam Ajaran Islam.​​​




Year 
Description 
​​​​​