Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMenteri

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

​​​​



Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohammad



Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam pada 7 Zulhijjah 1443 / 7 Jun 2022. 


Pada 15 Julai 2022 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 76 tahun, Yang Berhormat Dato dikurniakan bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama (P.S.N.B) yang membawa gelaran 'Dato Seri Setia'.


Sepanjang berkhidmat di dalam Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Dato pernah memegang beberapa jawatan penting. Antaranya:  

 

TahunJawatan
2017

Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam) Jabatan Perdana Menteri

2017

Perwakilan Brunei Darussalam bagi Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia [ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR)].

2014Ahli Lembaga Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei [Brunei Economic Development Board (BEDB)].
2012

Setiausaha Tetap (Pengurusan dan Antarabangsa), Kementerian Kewangan 

2012Timbalan Pengerusi, Pusat Kajian Strategik dan Dasar [Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS)].

2012

Timbalan Pengerusi Bersama, Tabung Amanah Pekerja (Employees Trust Fund).

2012

Pengerusi, Perbadanan Perlindungan Deposit Brunei Darussalam

(Brunei Darussalam Deposit Protection Corporation).

2012

Pengerusi, Lembaga Penasihat Kewangan Islam (Islamic Financial Supervisory Board)

2012

Alternate Governor, Asian Development Bank (ADB). 

2008

Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

2008

Pengarah, Bahagian Belanjawan, Kementerian Kewangan. 

2007Penasihat Pengarah Eksekutif Southeast Asia Voting Group, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

 

Yang Berhormat Menteri memulakan perkhidmatannya dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selepas menamatkan pengajian di Universiti Brunei Darussalam pada tahun 1991.


Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Hajah Binanun binti Haji Bungsu dan dikurniakan 5 orang anak iaitu 3 anak lelaki dan 2 anak perempuan.