Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita KKBS

Majlis Penyerahan Derma Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye Dan Republik Arab Syria

UPA-19 (1).JPG

Sumber: Siaran Akhbar JAPEM

Foto: KKBS


Bandar Seri Begawan, Isnin, 2 Zulkaedah 1444/22 Mei 2023 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria dengan jumlah keseluruhan sebanyak Empat Puluh Satu Ribu Satu Ratus Tiga Puluh Sembilan Ringgit (BND41,139.00) daripada tujuh agensi iaitu; Kementerian Pendidikan, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Syarikat Takaful Brunei Darussalam, Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam dan Persatuan Siswazah Wanita Negara Brunei Darussalam.

Hadir menerima sumbangan tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Penasihat Bersama tabung berkenaan. 

Website 680x383 (3).png

  • Sumbangan bagi pihak Kementerian Pendidikan disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan berjumlah BND13,947.00.


  • ​Bagi pihak UBD pula disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Hazri bin Haji Kifle, Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam berjumlah BND5,000.00.


  •  Sumbangan daripada UTB disampaikan oleh Yang Mulia Datin Paduka Profesor Dr. Dayang Hjh Zohrah binti Haji Sulaiman, Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei sebanyak BND3,000.00. 


  • Bagi pihak UNISSA disampaikan oleh Yang Mulia Prof Madya Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad, Pemangku Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali sebanyak BND3,000.00. 


  • Syarikat Takaful Brunei Darussalam pula disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Suffri bin Pengiran Haji Hashim, Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat Syarikat Takaful Brunei Darussalam berjumlah BND10,192.00. 


  • Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Suhaimi Haji Ibrahim, Sekretari Jeneral Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam berjumlah BND1,000.00 dan; 


  • ​Sumbangan bagi pihak Persatuan Siswazah Wanita Negara Brunei Darussalam pula disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Hassanah binti Haji Hassan, Yang Dipertua Persatuan Siswazah Wanita berjumlah BND5,000.00. 


Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Mulia Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat.


Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria yang dibukakan kepada orang ramai selama 3 bulan sejak 14 Februari 2023 yang lalu telah berakhir pada 14 Mei 2023. Sehubungan dengan itu, pihak kementerian sukacita ingin memaklumkan kepada orang ramai khususnya agensi-agensi kerajaan dan swasta; persatuan-persatuan atau badan-badan bukan kerajaan; orang persendirian yang telah membuat kutipan bagi tabung berkenaan untuk segera menyerahkan hasil kutipan tersebut kepada pihak Urus Setia di Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan Kebangsaan pada waktu pejabat tidak lewat pada hari Selasa 30 Mei, pukul 11.00 pagi.


Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, boleh menghubungi Urus Setia Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria di talian 2381903 / 2382911 sambungan 1341/1205 pada waktu pejabat atau Talian Kebajikan 141 atau emel kepada info@japem.gov.bn. 


UPA-18 (1).JPGUPA-9.JPG


Attachments
Created at 23/05/2023 13:45 by Lailatul Ameera binti Abdullah Suwardi
Last modified at 23/05/2023 14:19 by Lailatul Ameera binti Abdullah Suwardi