Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita KKBS

Majlis Khatam Al-Quran Pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ke-11



[Sumber : Siaran Akbar, KKBS]

Foto: Nur'amirah, Lailatul Ameerah - KKBS


Batu Apoi, Temburong, Ahad, 12 Mac 2023 – Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Program Khidmat Bakti Negara [PKBN] Pengambilan Ke-11 bagi tahun 1444H/2023M yang dilangsungkan di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Batu Apoi Temburong. Seramai 504 orang Pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ke-11 (375 orang lelaki dan 129 orang perempuan) ikut serta tidak termasuk 35 orang yang bukan beragama Islam. 

Hadir sebagai Tetamu Kehormat di majlis tersebut adalah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Mulia Mejar (Bersara) Haji Mohammad bin Dollah, Pemangku Pengarah Khidmat Bakti Negara selaku Pengerusi Majlis. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Pengiran Mohd Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pegawai Daerah Temburong dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis tersebut adalah dihasratkan sebagai landasan bagi para Pelatih Program Khidmat Bakti Negara untuk mengerjakan serta memantapkan pelbagai amal ibadah dan sekaligus mengukuhkan ciri-ciri kerohanian, keimanan dan ketakwaan mereka yang telah ditanamkan sepanjang jangkawaktu mengikuti latihan Program Khidmat Bakti Negara.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Tetamu Kehormat dan seterusnya diikuti dengan bacaan-bacaan Khatam Al-Quran Beramai dan Takhtim yang diketuai oleh Pelatih 13378 Mohammad Zulhakim Bin Omarali dari Platun 5 dan bacaan Doa Khatam diketuai oleh Pelatih 13473 Saifullah Bin Shamsul dari Platun 4. Manakala, Dikir Marhaban yang diketuai oleh Penolong-Penolong Pegawai Keugamaan dan Kerohanian Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) dan diakhiri dengan bacaan Doa Penutup yang disempurnakan oleh Pelatih 13629 Ahmad Syahmi Bin Haji Mohamad Rozaini dari Platun 11. Seterusnya adalah sesi Penyampaian Sijil kepada para Pelatih PKBN yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat bagi Pelatih Lelaki dan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) bagi Pelatih Perempuan, selepas itu dialu-alukan kesemua para jemputan menikmati jamuan dan diakhiri dengan sesi Bergambar Ramai bersama Tetamu Kehormat. Kesimpulannya, majlis tersebut telah berjaya memenuhi segala tujuan yang telah dihasratkan khususnya mewujudkan para Pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) dan belia yang Syumul dan cemerlang kearah mendukung konsep 'Melayu Islam Beraja' dan 'Negara Zikir'. 



Attachments
Created at 15/03/2023 10:58 by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 15/03/2023 12:05 by Ak Hussni Bin Pg Hassan