" Negara Brunei Darussalam juga memberikan akses dan peluang yang sama rata kepada lelaki dan wanita dalam menggunakan teknologi sama ada dari segi pendidikan, kesihatan, sosial, ekonomi dan inovasi. Beberapa kaedah inovasi, sokongan teknologi dan pendidikan dalam era digital ini telah membuktikan mampu memperkasa masyarakat termasuklah wanita dan kanak-kanak perempuan.
Antara inisiatif berkenaan ialah Sistem Kebajikan Negara (SKN); aplikasi mudah alih seperti Bruhealth, Mengalinga dan portal Daftar Kanak-Kanak dan Orang Muda yang memerlukan perlindungan (Registry for Children and Young Person in Need of Protection; RCYPNP). "