Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita KKBS

Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Mangsa Kejadian Bencana

IMG_9156.jpg‚Äč

[ Sumber: Siaran Akhbar dan Foto oleh JAPEM ] 


Bandar Seri Begawa, Selasa, 17 Januari 2023 - Sembilan (9) orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, kebakaran rumah, tanah susur dan rumah roboh menerima bantuan kerajaan hari ini yang berlangsung di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Hadir menyampaikan bantuan kewangan tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada lima (5) orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, dua orang (2) ketua keluarga terlibat dalam kejadian kebakaran, seorang (1) ketua keluarga terlibat dalam kejadian tanah susur dan seorang (1) ketua keluarga terlibat dalam kejadian rumah roboh.

Sebanyak lima (5) buah rumah yang terlibat dalam kejadian banjir dimiliki oleh Abd Halim bin Haji Bujang di Kampung Salambigar, Yang Mulia Awang Tahir bin Haji Abd Rahman di Kampung Belimbing Subok, Yang Mulia Md Amin Zulhabri bin Haji Ibrahim di Kampung Jangsak, Yang Mulia Hajah Rojimah binti Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Siraj di Kampung Burong Pingai Berakas dan sebuah rumah milik Yang Mulia Haji Juinie@ Haji Zainibin Muslim di Kampung Sungai Tanit, Bangar Temburong.

Sebuah rumah yang dimiliki oleh Yang Mulia Yong Sim Fong di Kampung Belimbing Subok telah berlaku kejadian tanah susur pada 13 Disember 2022. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Dua (2) buah rumah terlibat dalam kejadian kebakaran masing-masing dimiliki oleh Yang Mulia Juanah @Jainah binti Jahari di Kampung Sinarubai yang berlaku pada 27 Disember 2022 dan Yang Mulia Haji Mat Amit bin Matyassin di Kampung Perpindahan Sungai Bunga pada 11 Januari 2023. Semua penghuni rumah dalam keadaan selamat.

Manakala sebuah rumah yang roboh pada 11 Januari 2023 di Kampung Burong Pingai Ayer dimiliki oleh Yang Mulia Pengiran Rafae bin Pengiran Haji Yassin. Penghuni juga dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Kesemua mangsa-mangsa bencana menerima bantuan kewangan kerajaan hari ini untuk meringankan kesusahan yang dialami demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.




Attachments
Created at 18/01/2023 16:25 by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 18/01/2023 16:34 by Ak Hussni Bin Pg Hassan